Ketika dalam perjalanan ke Taman Rimba, Alor Setar untuk berjoging bersama anak gadis JR pagi tadi, ternampak lampu merah di dashboard kereta sudah menyala, menandakan tangki minyak sudah hampir habis. Sebenarnya lampu itu menyala sejak tengahari semalam, tapi sengaja JR biarkan dulu.
Tapi kalau lama-lama biar ia menyala takut juga. Buat minyak dalam tangki habis di tengah jalan, pasti haru-biru dan panik juga jadinya. Lalu JR singgah di stesen minyak Petronas Lebuhraya Darulaman untuk mengisi minyak. Sambil menyerahkan wang merah tiga keping kepada gadis cashier, mata JR ternampak satu notis besar yang dilekatkan di depan kaunter bayaran:
DEPOSIT MINYAK PENUH
Kereta: RM100
Motorsikal: RM10
Rasanya notis ini baru ditampal pada minggu ini, kerana pada minggu lepas ketika JR singgah di stesen Petronas yang sama, notis ini belum ada lagi.
JR bertanya kepada gadis cashier: apa itu 'deposit minyak penuh'?
Gadis cashier: Sapa yang nak masukkan minyak penuh kena bayar deposit dulu, RM100 untuk kereta dan RM10 untuk motor, lepas itu baru boleh bubuh minyak.
JR: Awat buat cam tu...? Ada yang lepas isi minyak tak bayar ka?
Gadis cashier: Lepas minyak naik ni macam-macam kes jadi. Dah banyak kes kereta isi minyak penuh, setengahnya lebih dari RM100, lepas tu terus blah!!
JR: Ada juga rupanya orang macam tu di dunia ni?
Memang dalam dunia ini rambut sama hitam (atau sama putih bila dah beruban atau sama merah bagi yang suka taruh dye), tapi hati lain-lain. Memang ada yang hati kering, sanggup melihat kesusahan orang lain, lepas isi minyak berpuluh atau beratus ringgit terus blah. Kalau taukeh yang tanggung kerugian ia satu hal, tapi kalau pekerja yang gaji tak seberapa itu harus dipotong gaji kerana 'kelalaian' mereka, lagilah malang...
Oho..ada jugak kes gitu ya. Mesti bkn org situ kot, kalau org situ nanti kena cam kenderaan diorang pulak.
ReplyDeletetak kira halal haram..janji tak kena bayar..janji leh jalan..
ReplyDeletekesian kat cashier la. kat sini banyak jugak kes gini sampai stesen minyak tampal gambar dan nombor plat kenderaan yang wanted tu.
ReplyDeleteBiasa dah jumpa stesen minyak mintak deposit ni. Selalu kalau tak mintak saya hulurkan dulu rm50.
ReplyDeleteSlagi bgelar manusia..slagi tulah stgh mnusia x dpt lari dr ada sifat hodoh ni...hodoh muka xpe lg sbb x nyusahkan org...hodoh perangai ni lain sbb sggp buat apa sj utk mnipu org.sy slalu bdoa moga sj mjadi baik dn hya bjpa dgn org2 yg baik2 sj..amin
ReplyDeleteBerbagai perkara yg berlaku sekarang ni..bukan lagi menjadi satu hal yg menghairankan...apapun blh berlaku...pd kita atau pd siapa je...memang kesian la kalau gaji pekerja tu yg kena potong..memang tak adil...sampai betul hati....
ReplyDelete