»

11 October 2013

Akhirnya Aeril Zafrel Mengaku Dua Kali Kawin


Jarang-jarang JR masukkan cerita artis dalam blog ini.

Tapi kerana kebetulan anak dara JR minat sangat dengan lakonan Aeril Zafrel yang pernah muncul dalam filem Hollywood itu, JR masukkanlah juga kisah hangat ini dalam blog JR:

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali


Suasana sidang media penjelasan Aeril (dua dari kiri) mengenai statusnya dengan Wawa Zainal (bertudung).

PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media.

“Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.
Aeril Zafrel
Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.

Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap.

Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.
(Sumber: mStar Online)

Apa pun, tahniah kepada Aeril Zafrel dan Wawa kerana berani mengaku mereka sudah berkahwin, walaupun selepas setahun lebih perkahwinan berlangsung. Ramai artis lain yang malu nak mendedahkan status perkahwinan mereka walaupun anak dah berderet, kononnya untuk kekalkan populariti.

2 comments:

  1. Tahniah kepada mereka. Cuma persoalan tentang status pernikahan mana yang diterima dan diguna pakai. Kalau yang kedua, macam mana pula dengan status anak? Huhu. Kalau pernikahan yang pertama sah, maka selamat la.

    ReplyDelete
  2. Entahlah....nak komen camna dengan pasangan nie...Walaupun artis lain sorok mereka kahwin..tapi hanya sekali jer mereka kahwin...macam tak logik pun ada...Sokong jugak dengan komen di atas Hazmin Hamuddin..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....