Sapa mahu memiliki iPhone dengan cara mudah?
Caranya mudah saja. Pertama, perlu ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang sihat zahir batin.
Kedua, lelaki dan perempuan yang sihat zahir batin itu perlu cari satu tempat tersembunyi di dalam rumah, di luar rumah atau dalam belukar pun tak apa untuk sesi ehem-ehem.
Ketiga, lepas si-perempuan mengandung 9 bulan dan kemudian lahirkan anak, jual anak itu kepada yang berminat.
Keempat, lepas dapat duit hasil jualan anak, pasangan berkenaan bolehlah joli sakan. Boleh beli iPhone, iPad dan macam-macam i lagi.
Inilah yang dilakukan oleh satu pasangan suami isteri di Shanghai China baru-baru ini. Pasangan awal 30an bernama Teng dan Zhang menjual tiga orang bayi mereka untuk membeli iPhone, komputer dan kasut berjenama mewah. Bayi pertama dijual pada 2008, kedua pada 2011 dan ketiga pada awal tahun ini dengan harga $13,000.
Malangnya aktiviti mereka itu dapat dihidu oleh pihak polis China. Kini pasangan suami isteri itu ditahan polis atas tuduhan memperdagangkan manusia.
Begitulah dunia. Ketika ramai pasangan yang berkahwin sukar mendapat anak, ada pula yang menggunakan anugerah Allah itu untuk dijual. Entah di mana naluri seorang ibu dan ayah pada pasangan itu. Mungkin mereka melihat anak mereka seperti haiwan yang boleh diternak untuk dijual .....
NOTA TERLEWAT: Al-fatihah buat pelakon dan penyanyi popular 1980an dan 1990an Noreen Noor yang meninggal dunia pagi tadi kerana penyakit darah tinggi dan buah pinggang. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....
saya baru tau,Noreen Noor meninggal...al fatihah...
ReplyDeleteBeristigfar panjang rasanya bila baca berita ni. Kita dah makin tak dapat jangka apa yg manusia sanggup lakukan. Tapi kalo kat china memang pelik2 je beritanya.
ReplyDeleteMacam2 betul perangai manusia. kejar kebendaan dan kemewahan dunia. Sedangkan anak tu anugerah yang tidak ternilai.
ReplyDeleteAlfatihah..
ReplyDeleteantara yang jual anak dengan yang buang anak mana yg lebih hina? ..dua2 pun takder ati n jiwa...takder agama..
jahat nyer..nape tak gi keje je...suka2 dia je gi jual anak...
ReplyDeleteal fatihah..baru tau malam tadi...
Mcm pelik je negara cina nikan?sy ada baca satu artikel tentang pasangan di negara cina yg dpt baby kembar akan didenda dn baby tersebut diarah supaya dibunuh..br ni bc tentang bayi kembar seramai belasan org yg diarah utk dibnuh dimana ibubapa bayi tersebut hanya diminta utk memilih seorg shj dr bayi kembar tersebut utk dipelihara..pasangan tu siap minta maaf pd kerajaan sbb dh melahirkan anak kembar yg ramai...dijual lbh baik dr dibunuh...
ReplyDeleteAlfatihah utk arwah noreen noor....