»

12 October 2013

Eidul Adha: Bila Anak-Anak Balik


Semalam anak JR yang belajar kat UiTM Arau tu balik beraya dan cuti semester.

Sekarang ni JR sedang bersiap-siap nak ke Stesen Bas Sahab Perdana, Alor Setar, kerana anak yang belajar kat UTEM akan tiba sekejap lagi.

Pagi esok anak yang belajar kat UTHM pula balik...

Itulah yang meriahnya bila beranak banyak, lahir selang setahun pula tu. Walaupun belajar dalam bidang berbeza, di IPTA berbeza dan di lokasi berbeza, tapi bila semuanya pulang kemeriahan sangat terasa.

Kepada ibu bapa seusia JR dan isteri, tiada yang lebih menggembirakan kami selain dari melihat semua ahli keluarga berkumpul semula di teratak tua kami. Kalau sebelum ini ada bilik yang terbiar kosong, bila semua anak-anak pulang kelima-lima bilik di teratak kami berisi sepenuhnya...

Salam Eidul Adha untuk semua. Kepada yang ingin kembali ke kampung melalui perjalanan yang jauh, berhati-hati di jalan raya.....

7 comments:

  1. mmg meriah ramai2 berkumpul anak branak..

    ReplyDelete
  2. salam hari raya haji , hehehe , CP pown akan pulang ke kampung esok pagi :D

    ReplyDelete
  3. hoho balik kggggg

    tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)

    Tak Mungkin Benar

    ReplyDelete
  4. Memang seronok kalau semua pulang dan berkumpul ramai2. Bila nanti dah kahwin, ada yang pulang beraya di rumah mentua, terasa rumah sunyi semula.

    ReplyDelete
  5. Begiutlah juga perasaan mak abah kita semasa kita belajar atau baru kahwin dulu, ya!

    ReplyDelete
  6. Memang meriah bila berkumpul satu keluarga bila raya..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....