»

10 September 2013

Universiti...Apa Ada Pada Ranking?


Tak taulah nak rasa bangga atau tak.

Kalau korang atau anak korang exam dapat nombor 156 bangga tak? Kalau dapat nombor 601 pula bagaimana...bangga tak?

Dan inilah kedudukannya:



Ia kedudukan universiti-universiti ternama kita di peringkat dunia mengikut QS World University Rankings berdasarkan 800 universiti terbaik dunia. Paling atas Universiti Malaya di tempat 156 dunia. UiTM di tempat 601. Universiti-Universiti lain? UUM, UPSI, UTHM, UTEM dan universiti-universiti awam di Malaysia yang lain? Agaknya tiada dalam senarai 800 terbaik dunia..

Nombor 1 dalam ranking dunia universiti mana? Ia pastilah bukan universiti tempat JR atau anak JR belajar:

1.       Massachusetts Institute of Technology, US; Overall Score - 100
2.       Harvard University, US; Overall Score - 99.2
3.       University of Cambridge, UK; Overall Score - 99.0
4.       University College London, UK; Overall Score - 98.9
5.       Imperial College London, UK; Overall Score - 98.8
6.       University of Oxford, UK; Overall Score - 98.7
7.       Stanford University, US; Overall Score - 96.8
8.       Yale University, US; Overall Score - 96.5
9.       University of Chicago, US; Overall Score - 96.2
10.     California Institute of Technology, US; Overall Score - 96.1
10.     Princeton University, US; Overall Score - 96.1

Tapi  ada seorang Menteri di Malaysia pernah belajar di universiti ke-6 terbaik dunia. Dia ialah Khairy Jamaluddin yang pernah belajar di Universiti Oxford.

Tapi seperti kata seorang VC di sebuah IPTA Malaysia, apa ada pada ranking...Persetankan ranking! Agaknya itulah kata-kata terbaik untuk mengelakkan diri dari terkantoi...

JR Pernah belajar di universiti ke-156 terbaik dunia...Tapi apalah ada pada ranking kan??? 156 pun 156 lah, yang penting kita cuba belajar setinggi yang terdaya. Dan cuba menghantar anak kita belajar ke tahap tertinggi yang mereka upaya...

Dan satu lagi yang paling TERpenting dan TERpenting ialah cuba menjadi insan terbaik di dunia, walaupun bukan insan tersempurna di dunia, insyallah....
 

12 comments:

  1. Saya pulak pernah belajar di universiti ke-358 terbaik

    ReplyDelete
  2. Biarlah universiti mana pun kita belajar Universiti Al Quran lah yang paling utama. Huda linnas.

    ReplyDelete
  3. kawan/jiran saya punya la bangga,seronok,siap buat hi tea bila anaknya berjaya ke UM...sedangkan pointernya 2.13 ja..tau apa kursus yg diambil-bahasa german hehe

    ReplyDelete
  4. saya pernah belajar kat universiti ke-358 dan ke-601 terbaik. tapi bila keluar ni, rasa macam hampeh pulak diri...

    penilaian orang lain terhadap kita tu lebih baik daripada menilai diri sendiri...

    ReplyDelete
  5. Saya pernah belajar di universiti sama dengan JR..

    ReplyDelete
  6. Universiti terbaik...tapi kalau kita tak jadi terbaik...takde maknanya jugak. *Terbaik menurut agama...

    ReplyDelete
  7. Universiti mana2 pun sama...

    ReplyDelete
  8. asal dapat belajar dn dapat kerja yg baik..is ok dah...

    ReplyDelete
  9. Malah universiti dari negara Islam (ie: al azhar ), satu pun tak ada dalam senarai 10 teratas..

    ReplyDelete
  10. sependapat dengan izan dan insan marhaen...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....