»

16 September 2013

Berok Jatuh Pokok Dan Modem Aztech


Dah lebih kurang 6 hari juga JR tak bersiaran.
Korang tau apa sebabnya?
Sebab berok jatuh pokok! Bila berok jatuh pokok, internet pun tak boleh ases...
Korang faham tak makna berok jatuh pokok?
Haaa....ia berkaitan dengan berokband ni lah. Tiba-tiba saja berokband kat rumah JR buat hal. Nak ases internet pun tak dapat.

JR ni pula jenis suka menulis dari rumah. Tak reti dan tak selesa nak menulis benda peribadi ketika berada di ofis atau di tempat publik. Di rumah pula cuma ada TM berokband (streamyx) yang lajunya boleh tahan (kalau kena masanya).

Enam hari lepas laptop di rumah JR tak boleh ases internet. Bila buat aduan dengan TM, rupanya modem yang TM beri percuma masa pakej  pembelian streamyx dulu tu dah rosak. Bila minta TM ganti baru mereka kata modem jenis DLink yang mereka beri percuma dulu dah tamat tempoh warranty. Jadi kalau masih nak guna internet kenalah beli modem baru di kedai komputer.

Selepas buat perbandingan harga akhirnya JR beli modem baru jenama Aztech DSL5008EN 300Mbps wireless 4 port di sebuah kedai komputer di Alor Setar dengan harga RM120 dengan warranty selama 24 bulan.
click image to close (esc)

Memang ada modem jenama lain yang lebih murah (sekitar RM80) tapi kelajuannya cuma 150Mbps. JR rasa  Aztech DSL5008EN 300Mbps wireless 4 port adalah modem yang paling sesuai kerana di rumah kami waktu malam semua orang nak pakai internet dengan berkongsi modem yang sama.

JR memang suka pakai streamyx (nak pakai unify di Alor Setar ia belum sampai!!) kerana ia boleh dikongsi ramai-ramai (maklumlah semua anak ada laptop atau setidak-tidaknya henset) dan ia tak tertakluk kepada had masa penggunaan.

Sebelum terlupa JR nak ucapkan salam Hari Malaysia untuk semua warga Malaysia. Kadang-kadang rasa lucu juga kerana pada 2010 iaitu 47 tahun lepas penubuhan Malaysia baru kerajaan isytiharkan 16 September sebagai cuti umum. Itu pun terlewat dua tahun dari negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum di negeri masing-masing sejak tahun 2008 lagi...

9 comments:

  1. IM pun dah berkira-kira nak kembali semula kepada Streamyx bila merasakan Celcom BB ni lambat dan makan banyak data...

    ReplyDelete
  2. Ramaj kenalan dah tukar unify, tapi saya masih setia dengan streamyx walau pun dah 'diracun' banyak kali oleh orang dafi TM. Cuma pc je yang bermasalah... Hm, mungkin dah tiba masanya kot...

    ReplyDelete
  3. Di rumah sy sekarang guna streamix. Nak guna unifi, kawasan rumah sy belum ada line unifi lagi.

    Selalu jer kami satu famili duk depan tv, tp masing2 mengadap gadget masing2..
    Tapi bukan setiap masa, depends jugak.

    ReplyDelete
  4. ita guna berok jugak jenis u mobile...

    tapi tulah bila balik ramai orang sume pakat guna sudah nyer limit habis....


    kita takde cuti pun....
    hari malaysia tetap kena keje

    ReplyDelete
  5. sy gn celcom je....mmg ada limit...

    ReplyDelete
  6. Mesti kena sambar petir ni JR. Hehe. Patut la lama JR tak online ye.

    ReplyDelete
  7. saya pulak guna porta wifi-celcom. modemnya comel mcm pendrive je. boleh psg kat plug rumah atau dlm keta. mmg best.

    ReplyDelete
  8. bunda pun masih guna streamyx, jiran kiri kanan depan belakang dah gune unify..

    teringin jugak nak guna porta wifi-celcom mcm ujie tu..

    ReplyDelete
  9. rumah saya masih pakai D link yg dapat percuma dulu...kadang2 rasa mcm nak hempuk2 ja..selalu sgt meragam..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....