»

02 September 2013

Terima Kasih Kerajaaan Kerana Menaikkan Harga Minyak!


Seperti rakyat Malaysia lain yang bangang lurus bendul....JR pun tumpang sekaki beratur di stesen minyak sebentar tadi sebaik saja tau harga minyak Ron 95 naik 20 sen seliter mulai tengah malam ini.

Sebenarnya ketika nak ke stesen minyak tadi dah rasa diri bodoh sangat...kalau isi minyak penuh pun untuk kereta cabuk aku ni apa sangat untungnya? Tak kan lepas isi minyak penuh dalam kereta malam ini, maka pagi esok harga minyak akan turun? Cuma untunglah beberapa ringgit dalam 1-2 hari ini dengan harga minyak lama. Lepas minyak habis dalam tangki 1-2 hari lagi bermulalah kesengsaraan  dengan harga baru minyak...adoiiiiiiii.....

Untuk rekod, kenaikan harga minyak mulai 12 tengah malam ini adalah kenaikan tertinggi sejak 5 tahun lepas:  

1.9.2009  : RM1.80 seliter
16.7.2010: RM1.85 (naik 5 sen)
1.12.2010: RM1.90 (naik 5 sen)
3.9.2013  : RM2.10 (naik 20 sen)

Dah 3 tahun harga minyak tak naik. Kali terakhir harga minyak naik pada 1.12.2010. Antara 2011 hingga awal tahun ini terdengar ura-ura pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Kerajaan tak berani naikkan harga minyak ketika itu kerana takut risiko besar terhadap sokongan pengundi terhadap kerajaan.

Tapi sekarang PRU-13 dah berlalu. Kerajaan boleh buat apa saja kerana mereka dah dapat mandat untuk memerintah. Kalau kerajaan nak naikkan minyak 50 sen seliter pun rakyat tak boleh buat apa. Kalau dulu Ron 95 cuma naik setakat 5 sen seliter, sekarang kerajaan naikkan Ron 95 sebanyak 20 sen seliter - kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia sejak 5 tahun lepas.

Dua tiga hari lagi entah apa lagi yang akan naik. Biasanya lepas minyak naik harga barang lain juga akan naik. Harga ikan, ayam, susu, gula, air minuman, kuih, nasi lemak, roti canai, tarif letrik bagaimana? 

Kalau dulu bila minyak naik 5 sen harga roti canai dan nasi lemak naik 30 sen, harga teh ais naik 15 sen, harga kuih naik 10 sen, tapi bila harga minyak naik 20 sen roti canai, nasi lemak, kuih akan naik berapa sen pula? Harga ikan, ayam, daging, susu, gula pula bagaimana?

Dan tarif elektrik yang berkait rapat dengan harga minyak pula bagaimana, berapa yang akan naik? Kalau sekarang bayar bil elektrik RM130 sebulan, jika tarif letrik naik berapa pula kena bayar? Dan harga tambang bas berapa akan naik?

Tapi tak apalah, rakyat Malaysia warganegara yang baik. Kita bukan seperti rakyat negara jiran yang akan mengamuk bila harga minyak naik hingga akhirnya kerajaan terpaksa beralah. Sebagai warganegara yang bangang matang, apa pun alasan kerajaan  bagi menaikkan harga minyak kita telan sajalah walaupun tekak rasa payau...

Apa pun terima kasih kepada kerajaan yang menaikkan harga minyak. Ia adalah hadiah terindah untuk rakyat yang memilih mereka dalam PRU-13 empat bulan lalu. Juga ia hadiah paling romantis sempena hari kemerdekaan negara ke-56 dua hari lalu.

Merdeka, merdeka
harga minyak naik kita sengsara suka!

11 comments:

  1. Bersyukur dan terima kasih PM...

    ReplyDelete
  2. sepajang jalan balik tadi pun saya gelakkan orang yang gelabah isi minyak. takde makna pun kalau sepanjang tahun ni kita terpaksa berdepan kenaikan banyak lagi harga barang/perkhidmatan.

    macamana nak mengamuk. sepatutnya pemerintah takut pada rakyat, tapi kat sini dah terbalik pulak. rakyat takut pada pemerintah...

    ReplyDelete
  3. Bandingkan tinggal di luar negara. Lagi parah. Hidup tanpa subsidi....dan saya telah merasainya. saya bersyukur tinggal di Malaysia. Kt Malaysia barang keperluan asas subsidi. Gula, tepung, minyak masak. Penyeludupan pun kian menjadi jadi.

    ReplyDelete
  4. assalam, dah komfom pun arini harga minyak naik..

    ReplyDelete
  5. saya x redha dgn semua ini

    saya x pilih utk naik minyak itu dan ini .. tapi saya sedih kerana saya juga terpaksa terima semua ini ! ..

    soo terima kasih juga kpd kerajaan malaysia kerana yakin UNDI saya memang bukan utk anda 5 tahun lagi !

    ReplyDelete
  6. sumber bajet dan pendapatan negara mmg besar sumbangannya dari hasil minyak, tetapi pentadbir negara yang baik dan bijak tidak mengalih dan memerah kos dari rakyat sendiri!

    ReplyDelete
  7. Syukurlah Malaysia masih aman~
    Jangan risau BR1M kan ada~
    Jangan risau PTPTN kan ada~

    ReplyDelete
  8. memang terbaekk!!minyak naik..tarif elektrik naik..barang naik!..pastu ckp Br1m kasi lebey..rm1200..bahagi setahun ..cer kira..berbaloi ker?

    ReplyDelete
  9. nak bt lagu mana...ikut jaaa... jenuh laaa..semua pakat naik laa lepaih ni...

    ReplyDelete
  10. Telan jela semua ni. Itulah rakyat Malaysia. Penuh sopan santun dan sifat sabar. Huhu

    ReplyDelete
  11. ramai yg naik minyak dek minyak naik...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....