»

03 September 2013

Isteri Naik Minyak Rebus Suami Buat Sup


Jangan keliru, bukan JR nak cerita tentang harga minyak naik. Cukuplah dari malam tadi sampai hari ni dalam blog, FB dan twitter penuh dengan suara marah-marah akibat harga minyak naik. TV pula asyik nak menegak benang basah. Mereka bandingkan harga minyak di Malaysia dengan harga minyak di negara-negara lain. Yang lawaknya negara yang dibandingkan harga minyak dengan Malaysia itu ialah negara-negara bukan pengeluar minyak. Atau negara-negara yang pendapatan perkapitanya memang tinggi seperti Singapura, Korea, Jepun, negara Barat yang harga minyak naik tak jejaskan pendapatan rakyat mereka. 

Dalam hati berkata bodoh punya TV, kalau nak banding harga minyak mengapa tak dibandingkan dengan negara pegeluar minyak? Ia seperti  bandingkan rasa epal dengan rasa buah cempedak, ia memang perbandingan separuh sewel..Seorang Menteri pula cuba nak pujuk kemarahan rakyat dengan berkata tahun ini BR1M akan dinaikkan. Soalnya bukan semua rakyat dapat BR1M tapi kenaikan harga minyak memberi kesan kepada semua orang,  penerima BR1M atau bukan penerima BR1M. BR1M juga cuma dapat setahun sekali, tapi mana orang taruh minyak kereta dan motor setahun sekali? Sekali lagi perbandingan yang sangat tak cerdik..

OK lah dari marah-marah pasal harga minyak naik, ni JR nak cerita korang pasal seorang wanita yang naik minyak. Kejadian ini berlaku di Shanghai seperti dilaporkan AFP. Seorang wanita yang naik minyak selepas tak tahan diri dan anaknya sering didera oleh suami bertindak memberi dadah kepada suaminya. Wanita ini mengurung suami dengan tak memberinya makan selama 3 hari. Kemudian dia memukul suaminya yang kejam itu hingga mati. Tak puas dengan itu, mayat suaminya dikerat dan direbus. 

JR tak tau bagaimana perasaan isteri ini ketika merebus daging suaminya. Mujur juga dia tak campur daging suaminya dengan daun sup, bawang besar, lada hitam dan  garam secukup rasa untuk dibuat hidangan makan malam!!

Tapi wanita ini cuma rebus daging suaminya, dia tak masukkan perencah sup dan tak makan daging suaminya. Sebaliknya lepas bunuh suaminya dia menyerah diri kepada pihak polis Shanghai.

Itulah akibatnya bila wanita yang tak tahan didera naik minyak.
Mujur juga tiada wanita yang naik minyak bila harga minyak naik. Jika tidak mungkin ada yang kena rebus....
 

4 comments:

  1. ngeri pulak...

    ReplyDelete
  2. haha..jgn main2 bila perempuan naik minyak...skrg dah tak main tarik2 rambut dah...

    ReplyDelete
  3. Brutal jugak isteri dia...
    Dah lama dia bersabar agaknya setelah didera.

    ReplyDelete
  4. buat masa ni IM masih jaga ibu_suri dengan baik dan sabar dengannya walaupun sesekali ada juga dia naik minyak.

    tak sampai hati sesangatlah nak 'rebus' dia...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....