»

02 September 2013

Sukarnya Puasa Sunat Isnin Dan Khamis!


Hari ini JR puasa lagi. Bukan puasa sunat enam Syawal, kerana puasa enam  telah selesai disempurnakan minggu lepas. 

Selepas selesai misi menyempurnakan puasa enam Syawal, ada satu misi lagi. Tapi ia misi yang lebih sukar, misi yang sejak bertahun-tahun tak pernah kesampaian.

Ia adalah misi umtuk berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis, kalau boleh sepanjang hayat! Sejak beberapa tahun lepas JR cuba melakukannya tapi tak pernah berjaya. Kadang-kadang cuma melakukannya selama 3-4 minggu, paling lama rasanya 7 minggu. 

Itu pun bukan puasa setiap Isnin dan Khamis. Cuma puasa setiap Isnin setiap minggu dan jika tak dapat Isnin, ia digantikan dengan hari Khamis  minggu yang sama.

Tapi itu pun susah sangat nak dibuat berterusan. Tak pernah melakukannya berterusan setiap minggu lebih dari 7 minggu. Cuma bertahan dua bulan, lepas itu terus menzalimi perut dengan mengasaknya dengan pelbagai makanan tanpa rehat kecuali bulan Ramadhan. Memang dasar hangat-hangat tahi ayam!
Dan hari ini JR mula berpuasa sunat Isnin. Melakukannya seperti yang dilakukan sejak bertahun-tahun dulu. Cuma kali ini diharap misi JR untuk berpuasa pada setiap Isnin sepanjang hayat mulai hari ini akan berjaya. Memanglah lebih afdal untuk berpuasa setiap Isnin dan Khamis, tapi jika dapat berjaya melakukannya setiap Isnin ia sudah dikira terlalu baik. Apa salahnya memberi rehat kepada perut seminggu sekali kan? Nabi S.A.W sendiri pun pernah berkata, kebanyakan penyakit berasal dari perut, jadi apa salahnya memberi rehat seminggu sekali kepada perut, mengapa setiap hari menzalimi perut dengan mengasak pelbagai makanan ke dalamnya seperti tong sampah?

Harap-harap angan-angan cita-cita JR untuk berpuasa sunat setiap Isnin (atau Khamis) sepanjang hayat akan diperkenankan Allah. Harap-harap tak jadi lagi seperti tahun-tahun sebelum ini yang azam itu cuma berjalan beberapa bulan kemudian bila sekali terhenti tak disambung lagi...

Dalil-Dalil Disunatkan Berpuasa Isnin dan Khamis:


i) Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)

ii)  Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

iii)  Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab; “Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan (menjadi Nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku” (Hadis riwayat Imam Muslim).

7 comments:

  1. betul JR. nak puasa selain daripada bulan ramadhan memang susah. Kami kaum wanita ni dah tau dah. Kalo puasa ganti, hadoi penat dia lain macam.

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa JR!semoga sentiasa diberikan kekuatan hati dan fizikal..amiin

    ReplyDelete
  3. Gitulah target saya...tapi mmg susah. Tak bgn sahur lah..letih lah..

    ReplyDelete
  4. Tapi ganjarannya besar^^

    ReplyDelete
  5. Itulah.. Memang susah nak buah puasa sunat isnin dan khamis ni. banyak dugaan daripada puasa di bulan ramadan.

    ReplyDelete
  6. IM pun simpan azam tu tahun demi tahun tapi tak kesampaian...

    ReplyDelete
  7. dh tua tua ni mmg dok berazam nak puasa sunat semua tuu
    tapi kena bt yg wajib dulu..puasa ganti....
    tapi cabaran puasa bkn bln ramadhan mmg hebat...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....