»

30 August 2013

Inikah Erti Merdeka?


INIKAH ERTI MERDEKA?

Inikah erti merdeka
anak-anak muda berteriak merdeka..merdeka
pandu motor dan kereta keliling kota bawa bendera besar
lesen kereta lesen motor dah mati siapa peduli
kan ini malam merdeka?

Inikah erti merdeka
artis melalak pecah tekak
goyang punggung goyang dada
anak-anak muda di depan berhimpit-himpit menjerit
bergesel-gesel jantan betina
ini konsert kerajaan siapa nak larang?

Inikah erti merdeka
ibu bapa merdekakan anak teruna anak dara
buatlah apa engkau suka
kan ini malam merdeka?
dan pagi esok pekerja Bandaraya sibuk mengutip
kondom di sini sana...

Inikah erti merdeka
anak-anak muda menjerit merdeka merdeka
merdeka dari ibu bapa
tidak perlu pulang ke rumah malam merdeka
hotel bajet bercambah di setiap jalan dan lorong
dan tahun depan akan lahir
seorang lagi anak luar nikah...

Merdeka..merdeka???

~JR
22:49
30.8.2013

6 comments:

  1. hakikatnya kita belum merdeka lagi...

    Jom terjah sini Penggunaan Backlink Dengan Betul

    ReplyDelete
  2. Bila rasa syukur (merdeka) dizahirkan dgn cara yg tidak betul, maka yg terhasil hanyalah perkara2 yg salah/haram.

    ReplyDelete
  3. Itulah erti merdeka bagi anak muda sekrang ni bro JR. hehe

    ReplyDelete
  4. punah ranah habis dah..pistol pon boleh buat sewa RM500.haih xtau la..mcm mana pemimpin masa hadapan nti.

    ReplyDelete
  5. Anak ke 3 IM pergi sambut Merdeka. IM pesan pada dia... Jangan pula merempit selepas itu ya!

    Tak tahulah samada dia dengar nasihat IM atau tidak..

    ReplyDelete
  6. Kita yang sedar erti kemerdekaan ini hanya mampu melihat dan bertanya di dalam hati, ini kah kemerdekaan? Setiap tahun akan sama juga selagi.... selagi.. erm, paham2 sendiri la.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....