»

06 September 2013

Padah Main 'Spirit Of The Coin'


Sejujurnya dan dengan penuh rasa kesal, harus JR akui JR juga pernah main permainan yang boleh membawa kesesatan dan syirik ini. Ketika itu usia JR baru 18 tahun, usia belum matang, mudah terikut dengan rakan-rakan di asrama yang suka mencuba benda-benda baru. 

Dan akibat permainan sesat dengan iblis itu, JR dan rakan-rakan ditimpa musibah. Musibah bagaimana? Korang boleh baca catatan pengalaman JR bermain game spirit of the coin itu di sini.....

Baru sebentar tadi JR terbaca dalam Sinar Harian mengenai amukan iblis spirit of the coin dan ia pantas mengingatkan JR kepada pengalaman JR ketika usia budak-budak dulu. Cerita dalam Sinar Harian itu mengenai sekumpulan murid-murid sekolah menengah di Bukit Beruntung, Selangor yang bermain spirit of the coin tanpa menyedari ia akan mengakibatkan musibah kepada seluruh warga sekolah mereka. Akhirnya terjadilah amukan iblis di sekolah itu hingga menyebabkan  108 pelajar termasuk tiga guru wanita diserang histeria secara berperingkat. Guru wanita yang diserang histeria itu sebenarnya cuba memulihkan murid-murid mereka yang dirasuk, tapi akhirnya mereka juga turut dirasuk...

Berita amukan spirit of the coin di sekolah menengah di Bukit Beruntung  itu boleh korang baca di sini....
Kepada korang yang masih bergelar student jangan cuba-cuba permainan ini. Kepada ibu bapa (peringatan kepada diri JR sendiri) sila nasihatkan anak anda jangan mendekati permainan sesat dan bahaya ini. JR sudah pernah kena dan tau betapa peritnya bila diganggu iblis. Sudahlah ia permainan yang ada unsur syirik, lebih dari itu ia sangat membahayakan. Banyak game yang kita boleh main di dunia ini, mengapa pilih bermain game dengan iblis? Kalau nak main permainan santai sambil duduk-duduk seperti main spirit of the coin, kita boleh pilih permainan lain seperti main karum atau main congkak atau main batu seremban atau apa-apa sajalah tapi bukan spirit of the coin. Mengapa perlu bermain dengan iblis?

Seperti kata ustaz yang merawat JR dulu, dalam berbilion-bilion manusia di bumi ini, mengapa memilih iblis untuk dibuat kawan bermain??

9 comments:

  1. Kakcik pernak main sewaktu di sekolah rendah. Tak jadi apa-apa pun. Mungkin sebab 'tak betul cara'... :)

    ReplyDelete
  2. pernah dgr pasal game nie .. tapi entah masa saya dulu x careee pun game nie ekke ;)

    ReplyDelete
  3. Darah muda dan senang dipengaruh. Tu jadi macam tu JR. Saya tak pernah main. Tapi pernah tengok kawan yang main dulu.

    ReplyDelete
  4. Mmg betul2 ye spirit of the coin ni? Saya penah tgk org main tapi tak jadi apa pon.

    ReplyDelete
  5. Tak jauh dari rumah IM ada satu sekolah. Ada kes depa main coin begini akhirnya tak dapat pulangkan balik 'hamba Allah' tu lantas histeria.

    IM tak pernah main dan tak tahu main pun. IM budak kampung jer...

    ReplyDelete
  6. tak yah lah main benda2 yang takde faedah ni..buang masa je...

    ReplyDelete
  7. ish seriau baca... mg jadi pengajaran buat semua

    ReplyDelete
  8. tak benda lain nak main...

    ReplyDelete
  9. oooppsss..dulu2 zaman skolah mmg ada main tp x jadi..tapi kawan2 putera main ada yg 'kena'..

    lps tu..biasalah kena marah dgn warden..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....