Hari minggu. Hari ini tak ada idea nak menulis. Sedikit masa terluang di tengahari digunakan untuk membaca. Tiba-tiba JR terbaca catatan seorang rakan blogger yang agak menyentuh hati JR. JR kongsikan catatan pengalaman rakan kita itu untuk tatapan korang:
Mulia sungguh hatimu Abdul Hakim, Pekerja Shell Hentian Sebelah Awan Besar, KESAS.
Lewat petang tadi, saya pulang ke rumah menggunakan Lebuhraya KESAS. Sedang asyik memandu, tanda amaran minyak habis menyala.
Saya berhenti di Shell Hentian Sebelah Awan Besar. Baru saya perasan yang saya cuma mempunyai RM3 sahaja di dalam dompet. Saya ke mesin ATM untuk keluarkan duit.
Saya tidak berjaya keluarkan duit melalui kad ATM Maybank. Di skrin tertera ayat lebih kurang begini, "Kad anda rosak. Sila hubungi cawangan Maybank yang berdekatan."
Saya tenang sahaja kerana saya punya satu lagi kad ATM Bank Islam. Namun ketenangan itu tidak berpanjangan, rupanya ATM tersebut tidak keluarkan duit walaupun sudah menekan jumlah yang dikehendaki. Selepas beberapa ketika, ianya hanya mengeluarkan resit dan tertulis transaksi anda tidak berjaya.
Panik! Saya mula panik!
Saya kembali ke kereta. Cuba buat bayaran melalui panel kad krediit / debit. Juga tidak berjaya.
Saya mencari-cari di dalam beg dan kereta dengan harapan terjumpa duit yang terselit-selit. Jumpa angpau raya, seluk ke dalamnya, hanya ada RM3 sahaja. Menjadikan duit di tangan saya RM6.
Rupa-rupanya tindak-tanduk saya itu diperhatikan oleh seorang pekerja Bangladesh. Beliau menghampiri saya seraya bertanya apa yang saya cari. Saya ceritakan daripada A-Z...tidak sedar air mata mengalir. Sungguh! Saya tidak pernah mengalami situasi begini.
Lantas, beliau keluarkan dompet beliau. Sempat saya menjeling isi dompet tersebut, hanya ada beberapa wang kertas RM1 dan 2 keping RM5. Beliau keluarkan 2 keping RM5. Saya terharu! Dan lantas, saya katakan, "Ya ALLAH, berilah rezeki yang luas kepada 'Abdul Hakim". (nama ini yang tertera di tag nama yang dipakainya).
Beliau ambil duit RM6 yang ada di tangan saya, minta saya tunggu di kereta dan beliau pergi kaunter pembayaran dan buat pembayaran. Beliau kembali semula ke kereta saya dan bantu saya isi minyak.
Setelah selesai, beliau berkata pada saya, "Saya belum gaji, kalau sudah gaji, saya boleh bagi lebih."
Subhanallah! Mulia sungguh hatimu, 'Abdul Hakim.
Nota:
Saya minta akaun bank untuk saya pulangkan kembali duitnya, namun beliau tiada akaun bank. Beliau kata, "Nanti lalu lagi sini, boleh bagi saya." Saya beritahu yang saya jarang gunakan KESAS. Beliau kata lagi, "Tak apa... saya bagi saja. Kesian tengok sudah lama sini..." Akhirnya, saya ambil no hp beliau. InsyaALLAH, esok akan saya top-up lebih daripada jumlah yang saya pinjam daripada beliau!
Terharu baca kisah ni. Boleh dijadikan tauladan untuk diri kita sendiri.
ReplyDeleteAlamak bang, awan besar ni sebelah dengan kawasan perumahan saya lebih kurang 10 minit je. Dulu pernah marah kat sorang pekerja bangla kat sini (shell) sebab lembab sangat buat kerja.
ReplyDeleteterharu baca...
ReplyDeleteSelalu kita hina je mat bangla tp ada juga yg berhati mulia kan.,..
ReplyDeleteada jugak mat bangla yang baik hati..
ReplyDeletemoga murah lagi rezeki dia..
Harap-harap, IM juga akan ada peluang berbuat seperti Abdul hakim...
ReplyDeletedisaat kita amat2 memelukan pertolongan...dgn izin ALLAH didatangkan bantuan pd kita..ketika itulah kita terasa besarnya kasih ALLAH...
ReplyDeleteSaya pernah ditolong oleh seorang lelaki warga Indonesia suatu ketika dulu, beliau bg duit syiling utk beli tiket komuter dek kerana mesin tiket tidak menerima wang kertas, beliau menolak apabila sy menghulurkan wang kertas..
ReplyDeletemereka pun punya hati
ReplyDelete