»

05 September 2013

Shilintong: Ubat Ajaib Rawat Batu Karang


Sapa pernah kena sakit batu karang taulah azab kesakitan akibat penyakit jahanam itu. JR pernah kena sekali lebih 10 tahun dulu. Memang ia sangat menyakitkan. Rasa seperti pisau menyiat-nyiat pinggang. Kemudian bila batu itu bergolek-golek dalam pinggang hingga ke pundi kencing diikuti kencing tak lawas dan air kencing berwarna keruh (kerana kesan darah) ia sangat-sangat-sangat menyakitkan. 

Ada orang kata sakit batu karang sama dengan sakit orang nak beranak. JR tak tau sama ada ia sama dengan sakit orang nak beranak kerana JR sendiri tak pernah ada pengalaman beranak dan tak kan pernah beranak sampai mati (maklumlah JR lelaki tulen!).

Minggu lepas ada seorang rakan yang mengadu pinggangnya sangat sakit. Katanya mungkin ada batu karang di dalamnya, sebab sebelum kawin dulu dia pernah kena sakit yang rasanya sama. Kata kawan itu kalau pergi ke KMC (Kedah Medical Centre) kos rawatannya lebih RM2,000.

Dia tanya JR sama ada JR tau mana-mana klinik yang ada ubat mujarab untuk sakit batu karang. Jawab JR tak payah pergi klinik atau hospital, pergi kedai ubat Cina saja. Ada satu ubat yang sangat mujarab untuk sakit batu karang. Harganya bukan saja tak sampai RM2,000, malah tak sampai RM10 pun!

Nama ubat tu Shilintong. Pergilah mana-mana kedai ubat Cina, mereka pasti tau ubat yang dikeluarkan oleh sebuah kilang di Guandong, China ini. 
Masa JR kerja di sebuah agensi di KL dulu ada seorang kerani pejabat JR yang bapanya kena sakit batu karang. Selepas membuat x-ray dan scan, doktor memberi tarikh untuk dibuat pembedahan membuang batu karang di HKL. Tapi sebelum pembedahan dibuat, ada rakan kepada bapa kerani JR itu mengesyorkan dia mencuba Shilintong. Tak sampai seminggu sakit bapa kawan JR itu hilang. Dan bila pemeriksaan x-ray dibuat di HKL, doktor terkejut kerana batu itu tak dapat dikesan lagi dalam badannya. Ketika itu kalau tak silap harga Shilintong cuma RM5-RM6 saja.

Pada suatu hari beberapa tahun kemudian ketika berkunjung ke rumah bapa saudara JR di Kampung Pandan, dia menceritakan akan menjalani pembedahan membuang batu karang yang dikesan dalam buah pinggangnya. JR teringat cerita kerani di tempat kerja JR. Lalu JR cadangkan kepada bapa saudara untuk mencuba Shilintong. Dan sungguh ajaib, tak lama selepas makan, bapa saudara JR tak rasa kesakitan lagi. Bila dibuat pemeriksaan X-ray di HKL, batu karang telah tiada lagi.

(sumber pic: cik google)

Berbalik kepada kawan JR yang sakit pinggang kerana mensyaki ada batu karang dalam badannya. Dia akur dengan nasihat JR untuk mencuba Shilintong. Dia membeli Shilintong di sebuah  kedai ubat Cina dengan harga  RM9.

Dua hari lepas bila terjumpa kawan itu JR tanya bagaimana keadaannya, dah sihat ke?

Dia jawab dah sihat. Katanya sekarang tak rasa sakit lagi. Mungkin batu karang itu telah pecah dan terlarut dalam air kencingnya, alhamdulillah...

Jika korang ada sesiapa yang ada tanda-tanda penyakit batu karang, bolehlah cuba ubat bernama Shilintong ini. Ubat ini tak membahayakan kerana ia cuma ubat herba. Tapi bagi sesiapa yang sensitif pada bau herba dan akar kayu  yang agak bingit itu, tahanlah nafas sekejap, kerana bau herba Shilintong memang bingit...

JR juga telah buat carian di internet, rupanya Shilintong ini bukan saja popular di Malaysia, malah Asia dan Eropah. Sempat baca kisah seorang lelaki di England yang menderita penyakit batu karang yang mulanya tak percaya ubat tradisional Cina yang berbau bingit ini mampu menyembuhkannya. Tapi selepas mencubanya dia sungguh terkejut kerana tak perlu lagi menghabiskan beribu Euro untuk rawatan batu karang di hospital...

16 comments:

  1. ayah saya dulu pernah kena..masa tu takde ubat ni lagi kut...kena pi buang batu karang kat spital..

    ReplyDelete
  2. Bagusnya informasi ni. Boleh bagitau kat kawan2 atau saudara mara yang ada sakit ni.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih JR kongsi info ni..abg sy skrg sdg menderita sakit batu karang ni..nti saya call bgtau pasai ubat ni..harap ada juai kat kedai cina pendang.

    ReplyDelete
  4. Bagus info macam ni bro JR. Tak pernah tahu ada ubat yang boleh hilangkan sakit batu karang tu.

    ReplyDelete
  5. tq broJR dengan info perubatan yang sangat baik untuk pesakit batu karang .

    ReplyDelete
  6. Ooh..tak pernah tau pun. Info yg sgt2 bagus.
    Mertua pernah kena batu karang, mcm2 ubat cuba tp tak ok. Tapi ubat yg ni mmg tak tau.

    ReplyDelete
  7. kak ipar ita baru ni kena batu karang dalam buah pinggang tapi dia buat laser...
    sekarang tak tau lah guane...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Kami merupakan pakar menyingkir batu karang pundi hempedu di Malaysia.
    Dengan pengalaman kami di industri makanan dan bioteknologi yang lama, kami telah mencipta produk buah-buahan semula jadi kami yang tersendiri untuk membubarkan batu dalam masa 12 jam. DR JETOX khas digunakan untuk membubarkan batu hempedu dan membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Kelebihan DR JETOX juga termasuk pengurangan berat badan setelah membuang sisa-sisa makanan bertoksin di dalam badan. Dalam masa 12 jam sahaja, batu karang pundi hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-bahan buangan. Pesakit tidak perlu risau lagi pundi hempedu akan dibuang jika mereka terpaksa menjalani pembedahan di hospital.Produk kami telah lulus dan berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa. Antaranya termasuk sijil Halal, HACCP dan sijil-sijil bertaraf antarabangsa.
    Kelebihan produk kami:-

    Dalam 12 Jam Sahaja
    Kaedah-kaedah yang lain di pasaran mengambil masa yang panjang (24jam atau 7 hari) untuk membubarkan batu hempedu. Produk kami yang merangkumi resipi yang berantioksida tinggi dapat menunjukkan keberkesannya dalam 12 jam sahaja. Dalam masa 12 jam sahaja, batu hempedu akan muncul di dalam mangkuk tandas selepas proses penyingkiran bahan-buahan buangan.

    Menyingkir Sisa-sisa Makanan Bertoksin
    Disebabkan campuran Rosecalam Juice dan Bio-Active Mineral, produk kami mampu membubarkan sisa-sisa makanan yang lama antaranya termasuk sisa-sisa bertoksin yang terkandung dalam badan. Bio-Active Mineral berfungsi memperbanyakan air dalam usus malah mempercepatkan penyingkiran sisa-sisa makanan bertoksin.

    Mengurangkan Berat Badan
    Seperti yang dinyatakan di atas, produk kami dapat menyingkirkan sisa-sisa makan bertoksin dan najis terlonggok. Selepas sisa-sisa baki disingkirkan, berat badan pelanggan kami dibuktikan turun serta-merta.
    ——————————————————————————————————————————

    Untuk memastikan pelanggan sah diserang batu hempedu, dibawah merupakan tanda-tanda kebentukan batu hempedu.
    *Rasa senak yang kronik
    *Rasa mual, angin kembung perut dan sakit abdomen
    *Loya dan muntah
    *Kesakitan di bahagian tengah dan kanan atas abdomen
    *Sakit perut pada bahagian sebelah kanan atas yang seperti gastrik
    *Sakit perut yang memulas hingga melarat ke tulang belikat
    Kesimpulan
    Untuk pengetahuan anda, kami bertujuan untuk menyelamat pesakit batu hempedu dengan produk kami yang bersumber buah-buahan alam semula jadi. Kami tegaskan bahawa tidak perlunya untuk membuang pundi hempedu yang merupakan organ manusia yang penting maka merupakan kurniaan Tuhan kepada kami.
    Dr Jetox telah lama dikenali ramai maka testimony-testimoni boleh didapatkan di laman Facebook.
    Facebook Fanpage : DR JETOX
    Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, sila hubungi kami bila-bila masa sahaja.
    Sekian, terima kasih.

    Ramon (Pengurus)

    The Club, Bukit Utama,
    1 Club Drive, Bukit Utama,
    Bandar Utama, 47800,
    Petaling Jaya, Selangor.
    GPS Coordinates: 3.151714,101.602716

    No. Talian:
    0109829005 (Ramon)
    0123454977 (Win)
    Penghantar ke luar negeri? Sila rujuk kepada pengedar kami di berikut.
    Kelantan – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Kedah – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Terengganu – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Pahang – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989 )
    Perlis – Abang Nis (WhatsApp 012 680 5989)
    Kuala Lumpur – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Wilayah Persekutuan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Selangor – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Melaka – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Negeri Sembilan – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Pulau Pinang – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Johor Bahru – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Perak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)
    Sabah & Sarawak – Ramon (WhatsApp 010 982 9005)

    ReplyDelete
  9. Sy akan cuba harap-harap berkesan

    ReplyDelete
  10. Sy akan cuba harap-harap berkesan

    ReplyDelete
  11. Saya pun dh Cuba ubat Ni dari says sukar untuk kencing Dan sekarang allahamdulilah sebab dah dapat kencing mcm biasa ,apapun Kita sekadar ikhtiar yg menyembuhkan dgan izin Allah jga walau dgan apa ubat yg Kita makan

    ReplyDelete
  12. Saya sekarang sakit batu karang..nak beli ubat ini mcmana..tkaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kt kedai ubat cina berdekatan bang. google mana kedai ubat cina dan tnya je ubat shilintong tu. dorg mesti tahu

      Delete
  13. Terima kasih atas Perincian dan Maklumat yg Abang Share ni, Semoga penyakit Ayah saya cepat sembuh..kesian tgk menahan sakit sukar untuk kencing..

    ReplyDelete
  14. Selepas saya guna shilintong ni bila sakit saya tk perlu g injection bgi menahan sakit, bila dtg sakit tk tahu nk ckp mcmna slps guna alhamdulillah saya dh tk sakit lgi seperti dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello tuan/puan, lepas makan shilintong ni dh xsakit ye?

      Delete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....