»

24 September 2013

Makan Ke Makan Kedarah Sampai RM3 Juta?


Terkejut beruk JR bila diberitau jamuan Raya oleh Perdana Menteri pada 8 Ogos lepas menelan kos  sebanyak RM2.88 juta...hampir-hampir RM3 juta beb!!

Makan saja hampir RM3 juta atau lebih kurang sama harga dengan kos bina sebuah masjid kecil?


                      

Mengikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini, katerer Kuzie telah diberi tugas menyediakan jamuan Raya Perdana Menteri untuk 80,000 orang dengan kos RM36 seorang.

Pertanyaan yang timbul di hati JR ialah berbaloi ke kos RM36 seorang dengan mutu makanan yang diberi hari itu? Kedua, semua makanan bernilai hampir-hampir RM3 juta tu habis ke? Kalau semua makanan habis satu hal juga, jadi tak berlaku pembaziran  kerana bukan ke pembaziran itu saudara syaitan?

 "...dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya" (Al-Israa' ayat 26-27).

Pada hemat JR yang bukan cerdik sangat ni, kalau nak belanja tu berpada-padalah sikit. Bukan tak boleh buat jamuan Raya, tapi berjimat-jimatlah sikit sebab ia menggunakan duit rakyat, bukan duit poket ibu bapa kita. JR difahamkan jamuan Raya MB Selangor baru-baru ini cuma RM13.30 seorang, itu pun orang boleh kenyang juga....

Masa harga minyak dinaikkan 20 sen seliter baru-baru ini kerajaan kata ia dibuat untuk menjimatkan  perbelanjaan kerajaan. Tak taulah di mana jimatnya jika nak makan pun perlu belanja sampai dekat RM3 juta..

6 comments:

  1. Tak payahlah jamuan bagai tu. Rakyat msia tak kebulur. Tp kang tak buat kata kedekut plak ya. Di jamuan ada org siap tapau lagi tu......

    ReplyDelete
  2. Malampau betul sekepala RM36. Untung betul owner katering. Sape tah nama yang pakai songkok tinggi tu. Hampeh betul.

    ReplyDelete
  3. Mmg membazir...yg untung caterer.
    Tapi tak terkejut sbb jamuan kerajaan masa meeting pun tinggi peruntukan satu kepala.

    ReplyDelete
  4. giler banyak guna duit tu..

    ReplyDelete
  5. Kalu jr tkejut beruk..sy tkejut biawak....kalu2 lah duit sbyk tu blh dsalurkn utk pkara2 yg lbh baik..yg blh mberi mnfaat bsama alangkah baiknye...utk org yg bkuasa mbuat kputusan...igtla..stiap pbuatan d dunia akan dpsoalkn..jd sedia2knlah jwpannya nnti

    ReplyDelete
  6. rakyat diminta berjimat,berbelanja dgn berhemah..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....