»

24 September 2013

Doa Menusuk Jiwa Buat Seorang Anak


Rabu lepas (18.9.2013), sambil menunggu giliran untuk berjumpa doktor di Klinik Bandar Alor Setar, JR sempat meminjam akhbar Sinar Harian kepunyaan seorang wanita di sebelah JR yang kelihatan seperti sudah selesai membaca akhbarnya.

Tiba-tiba JR terbaca satu artikel yang sangat menarik di dalam Sinar Harian pada hari itu. Bila saja tiba di rumah, JR buka laptop dan save artikel yang menarik itu.

Yang paling menarik dalam artikel itu ialah satu doa yang menusuk jiwa yang seharusnya dibaca oleh ibu bapa Muslim kepada anak-anak mereka. JR sendiri telah mencetak doa itu, satu untuk simpanan JR dan satu lagi untuk simpanan isteri. Kami bertekad untuk membaca doa itu setiap kali lepas sujud menyembah Allah.

JR kongsikan doa itu untuk korang yang sudah mempunyai anak atau untuk korang yang bakal punya anak. Atau jika kita suami atau isteri atau bakal suami isteri, boleh juga di mana sesuai mengubahsuai doa ini untuk ditujukan kepada pasangan kita...

Ya Allah ya Tuhan kami

Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami mendidik anak-anak kami mengenali Mu
Ampunilah kami kerana membiarkan mereka tidak menunaikan solat;

Ampunilah kami kerana membiarkan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna;

Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka;

Jadikan mereka zuriat yang sentiasa rajin menunaikan solat;

Jadikanlah mereka zuriat yang menutup aurat dengan sempurna;

Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepadaMu;

Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami di alam kubur.


8 comments:

  1. Bagus juga doanya. Mungkin boleh jugak diubah sedikit untuk anak-anak baca kepad ibu dan bapa nya.

    ReplyDelete
  2. ramai ibubapa yg takut nak menegur anak2 yg meringankan soal solat,aurat...

    ReplyDelete
  3. Masih banyak kekurangan dalam diri ini..

    ReplyDelete
  4. Doa yg sgt baik diamalkan dan direnung2kan...
    Mmg ramai ibubapa yg tak amik berat anak dah solat ke belum...auratnya...pergaulannya...yg penting mesti cemerlang pelajaran.

    ReplyDelete
  5. betul tu ujie, terutama bila tiba waktu exam.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....