Seorang gadis berbaju kusam menadah tangan
di atas kepalanya mentari terik menyala
sebuah cawan usang di sisi belum berisi
orang lalu lalang tidak peduli
siapa pernah kisah pada gadis peminta sedekah?
siapa pernah tanya malam tadi dia makan apa?
siapa ingin tahu tentangmu, di mana ibu bapamu?
Gadis cilik pengemis jalanan
dia tidak peduli biar berkali-kali dikasari
tidak kisah pada baju basah tidak berbasuh
atau berapa inci daki berapa hari tidak mandi
dia cuma berdoa ada tangan mulia memberi simpati
dan malam ini ada rezeki perut akan berisi.
Suatu hari gadis itu pernah bermimpi
di tangannya ada sebatang pena, buku dan nota
dia ke sekolah penuh bergaya
tapi semua itu cuma mimpi
hidup tidak seindah fantasi
dia seorang pengemis itulah realiti.
Suatu hari sibuk
hujan lebat dan bumi menangis
gadis cilik tidak berdiri di sini lagi
kerana Tuhan mengasihani telah menjemputnya pergi.
Sebenarnya sajak di atas telah lama JR cipta kira-kira tiga tahun lalu. Malam tadi anak gadis JR menemui sajak itu di dalam bilik. Ia mengembalikan ingatan JR kepada satu kisah lama...
Sajak itu JR cipta berdasarkan pemerhatian terhadap seorang gadis kecil yang kerap kali ditemui bila melalui sebatang jalan sibuk di kota ini.
Sajak itu JR cipta berdasarkan pemerhatian terhadap seorang gadis kecil yang kerap kali ditemui bila melalui sebatang jalan sibuk di kota ini.
Tapi suatu hari bila JR lalui jalan itu tidak menemui gadis itu lagi. Mungkin dia bercuti agaknya, kata hati JR.
Beberapa hari lepas itu bila melalui jalan yang sama, gadis itu tiada juga di situ seperti biasanya. Lama lepas itu baru JR tau gadis itu telah meninggal dunia dilanggar oleh sebuah kereta ketika melintas jalan. Mengikut cerita pekedai di seberang jalan, beberapa minit selepas tubuh kecilnya jatuh terperosok di bawah kereta bersama darah yang menyimbah jalan, hujan turun dengan sangat lebat. Agaknya bumi menangis dengan pemergiannya...

Walaupun kerap menghulur wang kepadanya, tapi JR sungguh kesal kerana tidak pernah menyantuninya, tidak pernah bertanya apa namanya, di mana tinggalnya....
Al-fatihah untuk gadis cilik tanpa nama.....
Juga al-Fatihah untuk mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal 11.15 pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan Allah di kalangan mereka yang beriman, amin...

cantik. kalau hayati betul2 tiap rangkap dengan cerita sebenar, boleh menitik air mata...
ReplyDeleteBaca sajak je dah sedih. Bila JR cerita hal sebenar, lagi la sedih. Semoga dia bertemu bahagia di alam yg kekal abadi.
ReplyDeleteBerbakat jugak JR mencipta puisi ye.
ReplyDeleteKita yang seringkali alpa..
ReplyDeletekalau buat lagu ni silap2 bole nangis ni dgr....
ReplyDeletepuitis sungguh sajak tu JR...seiring dengan jalan ceritanya...dan ditambah pula akan mimpi sigadis...sungguh sadis..
ReplyDeleteAllahurabbana, innalillahi waiinna ilaihi raji'un
ReplyDeletesemoga roh2 mereka yg telah pergi dirahmati Allah, dan moga kita mengambil iktibar atas pemergian mereka..amiin
wahh...bahasa yg puitis...berjiwa seni jugak ya JR ni...
ReplyDeleteIM juga menyukai puisi. Puisi tuan menyentuh naluri IM.
ReplyDeleteIM cadangkan puisi tuan dihantar ke akhbar oe: Harakah atau majallah...
memang berbakat..
ReplyDeleteal fatihah
salam jay ar
ReplyDeleteBetapa untungnya nasib kita..ada lg yg lebih susah rupanya..
Sadis juga si kecik dgn kisahnya..
boleh masuk pertandingan sajak/puisi ni.. cer try anto kat Utusan/BH
ReplyDeleteSggh myayat hati...moga di snalah arwah mnemui kbahagiaan..kbahagiaan yg hakiki bsama Pcipta..tsentuh sggh kisah ni..patut sramai2 org yg mlihatnya dlm keadaan sbgitu ada jgk insan yg blh mnolongnya..skrg2nya bawa kes pd pihak kbajikan..tpi tulah...bda dh jdi...buat arwah...berbahagialah d sana..moga kemelaratan hidup hya drasai d dunia ni sj..amin
ReplyDelete