»

18 September 2013

James Wan Oh James Wan...


JR mula diperkenalkan kepada James Wan oleh anak-anak JR yang kebetulan sangat suka mempertontonkan filem-filem arahannya di dalam skrin TV 42" di ruang tamu rumah kami. Bermula dengan siri Saw kemudian Saw II, Saw III hingga Saw VII (Saw 3D), filem-filem James Wan mempunyai trade mark yang sama: suspens, seram, ngeri dan sangat sadis! Percikan darah, bahagian abdomen terputus dan terbelah dan daging manusia disiat adalah antara babak ngeri yang mungkin tak ramai orang sanggup tonton dalam siri-siri Saw arahan James Wan.

Selain dari siri-siri Saw, James Wan juga mengarah dan menerbitkan filem-filem box office Dead Silence, Death Sentence, Insidious dan yang terbaru ialah:



Korang dah tonton filem The Conjuring? JR telah menontonnya selepas Raya Puasa baru-baru  ini tapi bukan di dalam panggung...seperti biasa di dalam ruang tamu rumah kami.  

The Conjuring berkisar mengenai  kisah seram yang dialami sebuah keluarga yang menduduki sebuah rumah berpuaka. Filem ini sebenarnya berdasarkan kisah benar yang berlaku pada tahun 1970an di mana rumah, patung berpuaka dan sebahagian mereka yang menjadi watak utama filem ini masih hidup hingga sekarang. 

Apa yang paling menarik tentang James Wan ialah semua filem-filem seram arahannya meletup dan mencapai tahap box office. Seperti kata penganalisis data box office  Hollywood, Paul Dergarabediab: "James Wan telah membina satu kod baru dalam penghasilan filem seram yang terbaik". Ia termasuk filem Conjuring yang mencipta sejarah dunia sebagai filem yang mendapat kutipan tertinggi di hari pertama tayangannya. 

Perkara menarik kedua mengenai filem-filem James Wan ialah kebanyakan ceritanya ditulis, diarah dan dikeluarkan sendiri olehnya, hebat seungguh dia!

Dan perkara menarik ketiga mengenai James Wan ialah dia orang Malaysia!!

James Wan dilahirkan pada 27.2.1977 (usia 36 tahun) di Kuching Sarawak. Sayangnya bila menyebut nama James Wan, dia dirujuk oleh media Barat sebagai 'Australian film producer, screenwriter and film director'.


James Wan by Gage Skidmore.jpg

Dan nama Malaysia?

James Wan tidak dirujuk sebagai pengarah berasal dari Malaysia, kerana dia telah berhijrah dan menjadi warganegara Australia. Agaknya dia seperti ramai cendiakawan Malaysia yang lain menyahut cabaran bapa-bapa Menteri kita yang selalu berpesan kepada warga Malaysia yang bijak pandai: "Jika korang tak suka Malaysia, sila berhambus keluar negara!!".

6 comments:

  1. Haha. Kalau duduk Malaysia bukan dapat apa. Baik keluar.

    ReplyDelete
  2. Hahahaa..adoi, lawakla ayat last tu.
    Terus tak jadi nak komen psl filem.

    ReplyDelete
  3. Mungkin juga sehebat P Ramlee dalamisu pembikina filem!

    ReplyDelete
  4. Haha..boss sy di sini Australian yg nak jadi Malaysian.

    ReplyDelete
  5. kalu bunda memang tak tengoklah filem2 seram dan ngeri camtu...penakut..bolih mengigau..

    ReplyDelete
  6. hehhehe..paling 'tangkap' ayat yg last tu :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....