Jika korang, pasangan korang, ibu bapa korang atau adik beradik korang adalah penghisap rokok, ini pasti berita terbaik yang ingin mereka dengar hari ini:
BERITA
Published: Isnin September 30, 2013 MYT 5:26:00 PM
Harga Rokok Dinaikkan Berikutan 14 Peratus Peningkatan Duti Eksais
PETALING JAYA: British American Tobacco (BAT) Malaysia telah menaikkan harga rokok berikutan peningkatan 14 peratus duti eksais, kenaikan tunggal terbesar dalam tahun kebelakangan ini.
Harga satu pek rokok 20 batang akan meningkat sebanyak RM1.50 kepada RM12 bermula hari Isnin.
Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano clini berkata peningkatan dalam duti itu adalah mengejutkan dan boleh membawa kepada peningkatan dalam perdagangan rokok secara haram.
"Pengumuman ini memang mengejutkan dan mengecewakan".
Mengecewakan? JR tak kecewa dengan berita ini. Harga rokok naik 100 kali ganda pun ia tak memberi kesan kepada mereka yang tak menghisap rokok..Tapi kalau naik harga minyak, naik tarif letrik dan air, naik harga barang memang aku akan mengamuk!
salam.mahal orang akan beli apa nak buta sorok pun orang akan cari juga,,,huhu
ReplyDeletetak heran pun rokok naik..sekurang2 nyer takde lah berasap kat kedai kopi...sakit hidung....
ReplyDeletesesungguhnya kami juga amat bencikan rokok, sebab tu tiap2 hari kami bakar rokok tu. hehehee...
ReplyDeleteYang tidak hisap rokok saya ni memang senyum jela..
ReplyDeleteHarap berita ini bagi peluang untuk si perokok untuk berhenti merokok..
ReplyDeletesiannn kat hubby dan ayah I ! .. ngehx2
ReplyDeleteAku pong. Kalo harga rokok naik, saya tepuk tgn je. Tpi bila harga barang keperluan yg naik, saya hentak kaki.
ReplyDeleteni baru patut..
ReplyDeleteharap2 ia bg kekuatan utk perokok tegar membuang pergantungan kpd rokok.