»

01 October 2013

Tragedi Sebuah Kenduri


Selalunya bila disebut kenduri kahwin, kita akan kata ia kenduri ceria. Pertama tentulah ceria kerana makan pelbagai hidangan tinggi kolestrol,  tinggi lemak dan tinggi glukos yang sungguh menyelerakan di tempat kenduri. Kedua, ceria kerana dapat bertemu tuan rumah, kenalan dan saudara mara yang dah lama tak jumpa. Ketiga, kita ceria melihat keceriaan pengantin. 

Sabtu lepas JR menghadiri kenduri jiran sekomuniti kami di Alor Setar. Ia kenduri yang sungguh ceria, semua makanan ada dalam kenduri itu dari nasi berlauk ayam, daging lembu dan daging kambing hingga ke ais krim, cucur udang, tapai dan apom  lenggang (ada tak yang tak kenal apa itu apom lenggang?). Semuanya ada dalam kenduri kahwin yang sungguh ceria itu.

Tapi tak semua kenduri berakhir dengan keceriaan. Sabtu lepas ada satu majlis kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Yan, Kedah. Ia satu kenduri yang berakhir dengan tragedi apabila tiga dari mereka yang makan kenduri meninggal dunia manakala lebih 60 orang lain mengalami keracunan makanan lepas menjamah hidangan yang disediakan.
Hidangan jamuan kenduri nasi berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talang dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.

Mangsa pertama yang meninggal ialah Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak. Nurshazana adalah pelajar Universiti Islam Antarabangsa, Gombak yang meninggal kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

Mangsa kedua pula ialah Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, meninggal kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, dari Kuala Besut, Terengganu meninggal kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Mengikut SH, kesemua mangsa yang meninggal dan sakit menghadiri majlis kenduri yang sama dan mendapat simptom keracunan makanan yang sama berpunca daripada makanan yang dimakan.

Kepada mereka yang sakit perut diikuti rasa loya dan muntah jangan memandang ringan perkara ini. JR sendiri pernah tiga kali masuk wad kerana diserang sakit perut dan muntah yang teruk. Terpaksa masuk berbotol-botol air ke dalam tubuh bagi menggantikan air yang hilang. 

Jangan ingat kerana ia cuma sakit perut tak apa-apa. Memang jika ia cuma sakit perut biasa dan ke tandas sekali-sekala tak apa. Tapi jika sakit perut, kepala pening dan rasa mual dikuti muntah berterusan tak henti-henti, jangan pandang mudah, korang perlu ke hospital segera.

Bila berlaku cirit birit dan muntah tak henti-henti, ia akan menyebabkan air dalam badan berkurangan. Akibatnya tekanan darah akan jatuh, fungsi ginjal akan terganggu dan kesan yang lebih teruk ialah denyutan jantung akan semakin melemah dan akhirnya terhenti...Inna lillah hi Waa inna Ilahi rajiuoon....

Semoga Allah menempatkan mereka yang telah menemuiNya di kalangan orang-orang yang beriman...
 

9 comments:

  1. Kenapa sampai macam tu sekali keracunan kat kenduri tu. Makanan apa yg dah tercemar tu ye.

    ReplyDelete
  2. pernah terjadi kat taman perumahan saya dulu...semua yg pi kenduri sakit perut,cirit birit...tukang masak dikatakan memasukkan panadol kedalam ayam masak merah utk melembutkan ayam..(ayam pencen kut yg dibeli)

    ReplyDelete
  3. harap2 perkara macam ni tak buat orang serik untuk p makan kenduri..

    ReplyDelete
  4. Berita yg mengejutkn utk hari ni...sampai 3org yg maut. Teringin nak tau apa puncanya...dah mcm makan racun, bkn keracunan.

    ReplyDelete
  5. Apa yang ada dalam lauk tu. Tu yang nak tahu sangat tu. Kalau keracunan makanan takda la sampai macam ni. Teruk jugak tu.

    ReplyDelete
  6. Muga kenduri anak-anak IM nanti tidak terjadi sedemikian. Tapi hal gini selalu jadi kat Kedah!

    ReplyDelete
  7. belom pernah lagi mengalami masalah keracunan masa kenduri..



    al fatihah untuk mereka...

    ReplyDelete
  8. masih tertanya2 apa penyebab kematian mereka.. ada yang citer kata ayam yang digunakan dah expired/busuk.. wallahualam..

    ReplyDelete
  9. Tragis sggh..Allah jua yg lbh mgetahui...moga syurgala tpt arwah2 ni..amin

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....