Malam tadi ketika semua keluarga sedang santai di depan TV di ruang tamu, anak dara bongsu JR membelek-belek sebuah novel yang kebetulan ada dekat meja makan.
JR beritau anak dara JR ada satu novel yang kalau dia baca mesti dia akan terlupa makan nasi dan homework yang cikgu bagi pun dia tak buat. Tapi kata JR dia tak payahlah baca novel tu, takut pula nanti homework tak terbuat.
Apa novel yang begitu berhantu sampai kalau baca terlupa nak makan itu?
Nama novel tu "Hikayat Seribu Satu Malam".
Korang pernah membaca atau sekurang-kurangnya mendengar Hikayat Seribu Satu Malam? Masa JR di sekolah menengah dulu kalau pinjam buku di perpustakaan sekolah, Hikayat Seribu Satu Malam adalah dalam senarai buku wajib pinjam. Buku Hikayat Seribu Satu Malam ini diterbitkan dalam beberapa jilid, kalau tak silap berbelas-belas jilid. Setiap satu jilid agak tebal, mempunyai beratus muka surat, lebih kurang setebal Kamus Dewan. Tapi tebal macam manapun JR akan menghabiskannya tak kira memakan masa seminggu atau lebih atau sampai tarikh pulang buku luput! Cerita di dalamnya sangat seronok sehingga mak panggil makan pun kadang-kadang tak dengar...
Korang pernah membaca atau sekurang-kurangnya mendengar Hikayat Seribu Satu Malam? Masa JR di sekolah menengah dulu kalau pinjam buku di perpustakaan sekolah, Hikayat Seribu Satu Malam adalah dalam senarai buku wajib pinjam. Buku Hikayat Seribu Satu Malam ini diterbitkan dalam beberapa jilid, kalau tak silap berbelas-belas jilid. Setiap satu jilid agak tebal, mempunyai beratus muka surat, lebih kurang setebal Kamus Dewan. Tapi tebal macam manapun JR akan menghabiskannya tak kira memakan masa seminggu atau lebih atau sampai tarikh pulang buku luput! Cerita di dalamnya sangat seronok sehingga mak panggil makan pun kadang-kadang tak dengar...
Hikayat Seribu Satu Malam merupakan satu epik yang dikatakan mula popular sejak abad ke-15 (lebih 600 tahun dahulu). Ia kumpulan cerita-cerita pendek yang berasal dari Parsi (sekarang Iran) kemudian diterjemah ke Bahasa Arab dengan nama Kitāb alf laylah wa-laylah (Buku Seribu Satu Malam). Kerana ceritanya yang sangat menghibur, memikat dan menarik, ia telah diterjemahkan ke hampir semua bahasa-bahasa dunia di Asia, Eropah dan Amerika. Dalam Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Arabian Nights (One Thousand and One Nights).
Antara cerita-cerita yang terkandung dalam Hikayat Seribu Satu Malam yang JR masih ingat ialah cerita Sinbad, Aladdin, Ali Baba dan 40 Penyamun yang ceritanya masih popular hingga sekarang. Juga tentang cerita seram seorang lelaki yang kerjanya mengorek kubur wanita-wanita yang mati cuma untuk mencuri barang kemas, sehingga satu kejadian ngeri menimpanya..
Mengapa ia dinamakan "Hikayat Seribu Satu Malam"?
Cerita di dalam buku ini di mulakan dengan kisah dua beradik keturunan Raja Parsi yang memerintah Samarkand iaitu Raja Shahriar dan Raja Shahzaman. Raja Shahriar sejak kecil mempunyai prasangka buruk terhadap wanita kerana kebetulan pernah melihat kecurangan wanita di kalangan keluarganya yang berlaku di depan mata sendiri. Bila dewasa dia sangat berhati-hati untuk memilih permaisuri kerana takut wanita yang dikahwininya akan melakukan perkara yang sama seperti yang pernah dilihatnya. Tapi akhirnya Raja Shahriar dan adiknya Raja Shahzaman berkahwin juga dengan pasangan masing-masing.
Satu hari kedua-dua Raja adik beradik ini pergi berburu di hutan. Tetapi kerana tiada hasil pemburuan, Raja Shahriar dan Raja Shahzaman terpaksa pulang awal ke istana. Tapi alangkah terkejutnya kedua-dua mereka bila mendapati isteri masing-masing sedang berada di atas katil berzina dengan lelaki lain. Lalu kedua-dua Raja adik beradik ini membunuh isteri mereka.
Sejak itu Raja Shahriar dan Raja Shahzaman tidak percaya lagi dengan wanita. Raja Shahriar yang sangat marah terhadap wanita mengambil keputusan untuk membalas dendam terhadap semua wanita bagi mengelakkan lelaki-lelaki lain di negaranya dikhianati seperti dirinya, adiknya dan keluarganya.
Selepas kejadian itu Raja Shahriar mengahwini setiap wanita pada setiap malam. Menjelang subuh wanita yang dikahwininya akan dibunuh. Oleh itu ramailah gadis yang telah menjadi mangsa kekejaman Raja Shahriar sehingga ramai yang melarikan diri ke negara lain.
Bagi menyelamatkan wanita di negara itu dari menjadi mangsa kekejaman Raja Shahriar, anak gadis seorang Menteri yang berkhidmat di istana Raja bernama Shaharzad menawarkan dirinya untuk menjadi permaisuri Raja. Walaupun tidak dipersetujui oleh Menteri tersebut, kerana takut anak gadisnya akan menjadi mangsa Raja Shahriar, tapi Shaharzad meyakinkan ayahnya dia mempunyai cara sendiri untuk mengelakkan dirinya dibunuh.
Shaharzad sebenarnya adalah seorang gadis yang sangat jelita dan cerdik. Dia seorang yang pandai bercerita dan di rumah dia menyimpan lebih dari 1,000 buku cerita, agama dan sejarah.
Pada malam perkahwinan mereka, ketika berada di bilik tidur, Shaharzad menyatakan dia ingin menceritakan satu cerita kepada Raja Shahriar. Memang ia cerita yang sangat menarik hingga Raja tidak rasa mengantuk mendengar cerita Permaisuri yang bakal dibunuhnya itu. Malangnya ketika cerita berada di babak yang paling suspens, Shaharzad menamatkan ceritanya dan berjanji akan menyambungnya lagi malam esok.
Raja tak jadi membunuh Sahaharzad pada malam itu kerana baginda ingin memdengar sambungan cerita malam esok. Tapi malam esok juga ketika berada di babak cerita yang paling suspens, Shaharzad menghentikan ceritanya untuk di sambung malam berikutnya.
Dan begitulah Shaharzad dapat menyelamatkan dirinya melalui cerita-ceritanya yang sangat menarik sehingga tanpa sedar cerita itu berlangsung selama 1,001 malam berturut-turut.
Cuba korang bayangkan 1,001 malam itu berapa lama? Jika setahun ialah 365 hari bermakna 1,001 malam sama dengan lebih kurang 2 tahun 9 bulan.
Dan selepas 1,001 malam bercerita tanpa henti dan tiada lagi cerita baru yang akan diceritakan kepada Raja, Shaharzad menyerahkan dirinya untuk dibunuh oleh suaminya seperti permaisuri-permaisuri sebelumnya. Ketika itulah Raja Shahriar menangis sambil berkata bagaimana baginda akan membunuh seorang wanita yang selama 2 tahun 9 bulan begitu setia berada di sisi baginda, tidak jemu-jemu bercerita setiap malam, tidak pernah keluar istana dan matanya tak pernah memandang lelaki lain kecuali baginda?
Ketika itu baru Raja Shahriar sedar tidak semua wanita jahat, tidak semua isteri akan mencurangi suaminya. Perkahwinan mereka dikatakan sangat bahagia dan dikurniakan anak-anak yang menyambung pemerintahan Raja Shahriar.
Dan cerita-cerita oleh Shaharzad itulah yang dibukukan dalam Hikayat Seribu Satu Malam.
Dan cerita-cerita oleh Shaharzad itulah yang dibukukan dalam Hikayat Seribu Satu Malam.
JR tak pasti sama ada buku Hikayat Seribu Satu Malam ini masih ada di pasaran. JR pernah mencarinya di beberapa kedai buku di Alor Setar tapi tak berjumpa. Kalau ada JR sangat teringin memilikinya untuk simpanan peribadi.
Melalui carian di internet JR mendapat tahu buku Hikayat Seribu Satu Malam dalam Bahasa Melayu ada dijual di Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru. Ada pula seorang pembaca lain berkata dia ada menemui buku ini di Pustaka Mukmin Kuala Lumpur yang dijual dalam beberapa set, setiap set berharga RM110. Ada pula pembaca yang berkata dia pernah melihat buku ini dijual di Kompleks PKNS Shah Alam yang dijual dengan harga RM390 untuk 4 set. Buku-buku yang ada di pasaran Malaysia ini diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan ada juga dalam Bahasa Indonesia..
Melalui carian di internet JR mendapat tahu buku Hikayat Seribu Satu Malam dalam Bahasa Melayu ada dijual di Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Bahru. Ada pula seorang pembaca lain berkata dia ada menemui buku ini di Pustaka Mukmin Kuala Lumpur yang dijual dalam beberapa set, setiap set berharga RM110. Ada pula pembaca yang berkata dia pernah melihat buku ini dijual di Kompleks PKNS Shah Alam yang dijual dengan harga RM390 untuk 4 set. Buku-buku yang ada di pasaran Malaysia ini diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan ada juga dalam Bahasa Indonesia..
(Sumber: google)
Korang tau mengapa buku Hikayat Seribu Satu Malam ini agak mahal, 4 set berharga hampir RM400 atau satu set kira-kira RM100? Ini kerana setiap set buku sangat tebal, beratus muka surat. Kononnya ada 12 jilid buku Hikayat Seribu Satu Malam, bayangkan berapa harganya?
Bagi korang yang minat membaca, tersangatlah rugi buku yang telah diterjemah ke hampir semua bahasa dunia ini tak dimiliki.
Dan bagi korang yang tahu di mana ada dijual buku ini harap dapat berkongsi maklumat kerana mungkin seperti JR, korang juga ingin memilikinya...
Boleh tahan jugak harga buku tu. Tapi kalau nak dibandingkan dengan isinya apalah sangatkan bro JR.
ReplyDeleteWah!!! mahalnya...
ReplyDeleteowh barulah taw asal-usul tajuk 1001 mlm ni..dlu masa kecik2 abah sll pinjamkan buku ni kat library.abah dlu cikgu.byk sgt cite dlmnye,so sy pilih2 cte yg tajuknye agak menarik...hihihi..mengelat!!!
ReplyDeletebijak jugak shahrizat tu ye. Opppss... shaharzad. Selama 2 tahun 9 bulan la raja tu tak membunuh fomfuan lain kan?
ReplyDeletedulu penah ader koleksi buku ni.... kakak beli satu set... dgn set buku abu nawas.... 30 tahun lalu kot... hii... pastu ader sedara pinjam terus buat rete... hu..hu..hu...
ReplyDelete