»

27 August 2013

Akhirnya Dapat Juga Sempurnakan Puasa Enam


Bermula lewat. Orang mula Syawal kedua, JR mula minggu kedua Syawal. Itu pun tak hari-hari. Banyak sangat halangan, tapi sikit-sikit, berdikit-dikit, akhirnya selesai juga hari ini. Alhamdulillah...

Hari ini hari keenam JR berpuasa enam Syawal. Cuma tinggal 3 jam lagi untuk sampai ke garis penamat. Bermakna sempurnalah juga misi berpuasa enam tahun ini. Sekali lagi, alhamdulillah...

Mulai esok tak perlu lagi JR puasa enam Syawal. Tapi kalau nak kumpul point untuk bekalan saham akhirat, masih banyak puasa sunat yang boleh dilakukan. Misalnya puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. JR sejak bertahun-tahun lepas cuba berpuasa sekurang-kurangnya seminggu sekali (Isnin atau Khamis) tapi tak pernah berjaya sepenuhnya. Mula-mula OK follow the rules, tapi lama-lama mula ponteng. Bila dah mula ponteng lepas itu terlupa terus tentang puasa Isnin/Khamis ni...Itulah kelemahan manusia yang lemah ini, hanya berazam tapi azam cuma berakhir dengan hangat-hangat tahi kucing ayam...

NOTA: Kepada korang yang belum selesaikan puasa sunat Syawal masih ada 10 hari untuk diselesaikan. Sayang jika tak cuba merebut puasa yang pahalanya sama dengan setahun berpuasa itu...

4 comments:

  1. Tahniah! Seronoknye..
    Misi saya buat 6 hari tak abis lagi...mcm sikit tapi byk halangan jugak.

    ReplyDelete
  2. Kak... thanks tlg ingatkan.. terlalu banyak halangan nie .. heeeee...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...terlaksana jugak ya bro JR

    ReplyDelete
  4. Ades bila lah nak puasa 6 ni,masa dah semakin suntuk. - alasan hahaha..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....