»

24 August 2013

Ed Ayam Mengamuk Lagi


Tiga minggu lepas JR pernah bercerita dalam blog ini mengenai Ed Ayam. Ed Ayam ialah penjual ayam bersih di Pasar Besar Alor Setar. Dia terkenal dengan jualan ayamnya yang termurah di Alor Setar, mungkin juga termurah di Kedah atau termurah di Malaysia. Mungkin...Korang boleh membaca entri JR pada 3.8.2013  mengenai Ed Ayam di sini....

Pagi tadi seperti rutin mingguan lain, JR ke Pasar Besar Alor Setar lagi. Dan seperti biasa antara barangan basah yang wajib dibeli ialah ayam yang dah siap diproses. Dan seperti minggu-minggu lain JR tetap setia dengan pembelian ayam di gerai Ed Ayam kerana di situlah kita menemui ayam harga termurah di Malaysia!!

Dan dalam jarak 10 meter dari gerai Ed Ayam, dah terdengar suara melalui pembesar suara "Lelong..lelong..lelong...ayam murah lelong, cuma RM5 sekilo..lelong..lelong..lelong!"

Nah itu dia, Ed ayam mengamuk lagi, mengamuk dengan harga terendah, dia jual ayam pada harga termurah giler RM5 sekilo yang peniaga lain tak pernah buat pada hari ini. Seingat JR, ini kali keempat Ed Ayam jual ayam pada harga murah giler tahun ini, sekali tu pernah dia jual ayam pada harga RM4 sekilo, yang tiga kali lagi, termasuk hari ini RM5 sekilo. Mungkin dia jual ayam semurah itu lebih dari empat kali tahun ini, tapi yang JR ingat cuma empat kali. 

Dan hari ini Ed Ayam mengamuk...jual ayam pada harga RM5 sekilo lagi. Dia jual pada harga RM5 sekilo selama 4 hari bermula hari Khamis lepas hingga esok (Ahad). Seperti kata anak Ed Ayam, dengan harga ayam di ladang sekarang, mereka boleh jual ayam hari-hari RM5 sekilo, ia masih menguntungkan. Jual pada harga RM5 sekilo pun mereka dah dapat untung. Tapi kesian pula dengan peniaga-peniaga lain yang menjual ayam pada harga antara RM7.60 hingga RM7.70 sekilo, kalau hari-hari dia jual pada harga RM5 sekilo, peniaga lain nak makan apa? Seperti pagi ini, kebanyakan pembeli beratur di gerai Ed Ayam, gerai lain nampak muram...

Anak-anak JR memang hari-hari makan ayam. Mengambil kesempatan harga ayam yang murah ini,  JR beli 5 ekor ayam saiz besar untuk stok seminggu. Biasanya JR cuma beli antara 3 hingga 4 ekor ayam saiz sederhana untuk stok seminggu. Mungkin tengahari ni isteri nak masak nasi ayam atau apa-apa saja masakan yang ada kaitan dengan ayam.

Lusa Ed Ayam akan menjual ayam pada harga biasa, mungkin RM6.60 hingga RM6.80 sekilo  seperti minggu lepas. Dia tak boleh jual RM5 sekilo hari-hari nanti apa kata peniaga lain. Kalau dia jual ayam pada harga RM6.60 hingga RM7.00 pun masih dikira murah, kerana peniaga lain kebanyakannya menjual pada harga RM7.70. Malah Pasaraya Mydin yang berbangga dengan harga termurah itu pun jual ayam lebih dari RM7 sekilo, kalau tak silap JR RM7.30 sekilo.

Tapi Ed Ayam jual ayam lebih murah dari Pasaraya Mydin. Bukan Cina dan Mamak saja yang pandai berniaga, Melayu seperti Ed Ayam juga pandai berniaga, malah di sisi tertentu Ed Ayam lebih pandai dari Cina dan Mamak...

Bila pergi beli ayam tadi, Ed Ayam menyerahkan surat jemputan kepada JR untuk ke rumahnya pada 7 haribulan depan (7.9.2013). Dia nak buat jamuan Raya pada hari itu. Sebagai penyokong setianya, insayaallah JR akan ke rumahnya nanti...

7 comments:

  1. Kalau ED boleh jual ayam murah, maknanya harga ayam yang sebenar itu memang murah...

    atau ada sesuatu di sebalik kenapa harga ayam itu boleh jadi murah?

    ReplyDelete
  2. mengamuk macam ni yang kita suka...

    ReplyDelete
  3. murahnya...semoga ed ayam murah rezeki dan bertambah-tambah...besar pahala di akhirat...

    ReplyDelete
  4. bukan murah sikit tu...murah banyakkk

    ReplyDelete
  5. Semoga ramai lagi peniaga melayu mencontohi ED Ayam ni berniaga.

    ReplyDelete
  6. bagusnya dia..semoga ED Ayam dipermudahkan lagi rezekinya..:)

    ReplyDelete
  7. Kalo org melayu bersatu, kita boleh kontrol ekonomi sebenarnya. Sebab petani mmg ramai org melayu. nelayan pon melayu. Itu semua sumber makanan. Unsur yg paling penting dlm kehidupan berbanding rim kereta. Tapi... apapun ed ayam bagus la.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....