Salam #R4BIA
Hari ini JR menunaikan puasa enam sunat Syawal untuk hari ke-4. Minggu depan puasa dua hari lagi bagi melengkapkan puasa enam Syawal.
Dari dulu lagi JR cuma memulakan puasa enam ini pada minggu kedua Syawal, sebab minggu pertama sibuk sangat beraya dari rumah ke rumah. Itu pun puasa enam tak dibuat har-hari, biasanya JR puasa selang sehari, kecuali cuti umum memang tak puasa. Tapi tahun ini minggu kedua Syawal banyak masalah termasuk sibuk ketika Angah masuk wad dulu yang menyebabkan JR sukar memulakan puasa. Hanya hujung minggu kedua Syawal baru JR kurang sibuk dan dapat memulakan puasa enam..
Puasa enam Syawal ini tidak semudah puasa di bulan Ramadan. Cabarannya lebih besar kerana ramai orang di sekeliling kita tak berpuasa. Ramai yang tayang makanan depan mata kita dengan aroma bau yang menjadikan perut menjerit-jerit minta di isi. Apa lagi di bulan ini banyak pula orang buat rumah terbuka. Di tempat kerja pula semua pejabat berlumba-lumba membuat jamuan raya. Juadah makanan pula mengalahkan jamuan untuk santapan raksaksa. Kalau ikut nak makan memang terlepaslah puasa enam, sebab hampir setiap hari ada saja jemputan menambah lemak di perut...
Sebab dugaannya agak besar itulah agaknya ganjaran yang disediakan Allah untuk mereka yang berpuasa enam ini sangat besar - pahalanya seolah-olah setahun berpuasa fardu.
Lebih mudah berpuasa enam pada hari kedua hingga ketujuh Syawal ketika perut kita masih ada tempias mood Ramadan, ketika itu rasa lapar berpuasa tak begitu terasa. Cuma yang susahnya minggu pertama Syawal banyak sangat berjalan dari rumah ke rumah untuk melengkapkan kemeriahan hari raya dan kerana itu sukar nak memulakan puasa...
Hari ini JR baru empat hari berpuasa enam. Ada lagi dua hari. Minggu depan nak lakukan pecutan terakhir puasa enam pada hari Ahad dan Selasa, insyaallah...
Selamat berpuasa JR..sy arini baru hari ke 3..:)
ReplyDeleteSelamat Berpuasa JR..sy pon hari ke 3.
ReplyDeleteR4BIA!
kat ofis memang dah start dah nak buat jamuan raya ni...
ReplyDeletelagi mencabar kerana kena masak utk org yg tak puasa hehe....
ReplyDeletetulah..nak start awal masih beraya kat kg. Minggu ni baru boleh start.
ReplyDeleteita plok hari ni baru masuk hari ke 3....tunggu semua orang balik dulu..kalau tak susah nak start pose orang ramai kat umah,..
ReplyDeleteselamat berpuasa JR... :)
ReplyDeleteSelamat berpuasa suanat...dan selamat hari raya lagi..
ReplyDelete