»

21 August 2013

Ada Apa Dengan #R4BIA???


Nampaknya kini demam R4BIA telah melanda hampir seluruh dunia, terutama dunia Islam. Ramai pengguna media sosial - facebook dan twitter - telah menukar Display Picture (DP) mereka kepada simbol empat jari:


oı

Bukan media sosial saja, demam R4BIA juga telah melanda dunia sukan. Lihatlah cara kepten Fenerbahce, Emre  Belözoğlu ini meraikan golnya  beberapa hari lepas. Selepas menjaringkan gol, Emre menunjukkan empat jarinya ke atas #R4BIA!!!

 

 
Bukan saja dunia sukan di Eropah, pemain bolasepak Malaysia juga mula menunjukkan simbol R4BIA. Malam tadi sewaktu  kapten Kelantan, Piya, menjaringkan gol cantik ketika bertemu Pahang dalam saingan awal Piala Malaysia, dia juga menunjukkan 4 jarinya di atas: #R4BIA!.

Tapi ada apa dengan R4BIA?

R4BIA atau Rabia atau Rabi'ah dalam bahasa Arab bermakna 4 adalah sebagai simbol untuk mengingati markas demonstran  Pro Presiden Mursi di Rabi’ah Al-Adawiya Square yang telah dihancurkan oleh tentera Mesir menyebabkan beribu-ribu orang terbunuh pada 5 Syawal lepas, sebahagiannya ditembak oleh pasukan penembak tepat tentera Mesir. Simbol 4 jari (Rabia) ini adalah bagi mengingati korban syuhadah di Rabi’ah, solidariti terhadap perjuangan rakyat Mesir dan tanda protes terhadap junta tentera Mesir yang dahaga darah itu.

Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada Sabtu (17 Ogos 2013) lepas. Dalam ucapannya Erdogan mengecam keras  junta tentera Mesir dan menyatakan Turki mempunyai bukti kukuh bahawa Israel berada di belakang junta tentera Mesir dalam pembunuhan beramai-ramai rakyatnya. Erdogan juga membelasah pemimpin negara-negara Arab dan Islam (termasuk Malaysia????) yang tidak peduli dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir.

Kini simbol 4 ini telah menjadi simbol universal bagi menyatakan penentangan terhadap kezaliman junta tentera Mesir:

 

#R4BIA, R4BIA, R4BIA...Pray For Egypt!!

6 comments:

  1. Sekarang ni nampaknya mcm Erdogan masih lagi berani. Saya rasa tak mustahil keberanian dia tu nanti akan menerima nasib yg sama seperti morsi. Amerika dan Israel memang sgt takutkan pemimpin islam yg berani seperti dia.

    ReplyDelete
  2. moga ada lagi pejuang agama kita yg lantang dan berani bersuara. Kalau kita bersatu insyaallah kita boleh.. Aminnnn

    selamat hari raya JR
    Maaf zahir batin

    ReplyDelete
  3. saya pun dah tukar DP ni..sbg tanda sokongan dan sbg kempen supaya kita semua bantu dgn doa (sekurang-kurangnya).

    ReplyDelete
  4. Walaupun kita tak mampu nak angkat senjata menentang musuh di sana, tapi kita masih boleh tunjukkan tanda sokongan dengan menggunakan simbol R4BIA ni.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....