»

23 August 2013

Siapa Pembunuh Sebenar Wanita Itu????


Bagi mereka yang suka ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka, apa yang berlaku pagi tadi adalah sesuatu yang agak mengejutkan.


Pagi tadi Mahkamah Rayuan  membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada tuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap Chief Inspektor Azilah dan Koperal Sirul Azhar atas tuduhan membunuh Altantuya, 28 tahun, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

JR yang memang minat mengikuti perbicaraan mereka, sebenarnya dari dulu sampai sekarang tidak yakin 1% pun kedua orang polis ini yang membunuh Altantuya:

- Mana mungkin dua orang anggota polis pangkat rendah yang tak mengenali Altantuya boleh membunuh orang yang tak dikenalinya (kecualilah mereka itu tak siuman)? 
- Apa motif mereka membunuh orang yang tak dikenali? Mereka bukan perompak yang nak merompak Altantuya, mereka anggota polis  yang dikatakan dedikasi dengan tugasnya.
- Bom peledak C4 yang digunakan bagi menghancurkan batang tubuh, daging dan tulang Altantuya bukan kepunyaan dua orang anggota polis ini. Jadi bagaimana mereka boleh membunuh orang dengan senjata yang bukan hak milik mereka dan tidak pernah dikeluarkan untuk kegunaan mereka?
Mengikut apa yang JR baca dalam akhbar ketika perbicaraan, hanya Menteri saja yang mempunyai kuasa meluluskan penggunaan bom itu. Ini kerana mengikut fakta kes, bom C4 itu bukan sebarang bom, bom itu sangat berkuasa, ia bom yang mampu menghancurkan sebuah bangunan. Sayangnya yang dibom pada 20 Oktober 2006 bukanlah sebuah bangunan, tapi seorang wanita!

Dengan pembebasan dua anggota polis ini, timbul persoalan: siapa sebenarnya yang membunuh Altantuya?  Dan apa motif pembunuhannya???

Tak kan tiada pembunuhnya? Tak kan bom itu yang sendiri-sendiri pergi membunuh Altantuya? Tak kan pula bom itu boleh berjalan sendiri keluar dari stor simpanan peluru, kemudian bom itu membawa Altantuya ke dalam hutan untuk di bunuh??

  
#R4BIA!!!

3 comments:

  1. sistem, sistem, sistem! siapa yang memulakan sistem, kita. siapa yang menguruskan sistem, kita. siapa yang menjalankan sistem, kita. dan siapa yang menjadi mangsa kepada kegagalan sistem... kita jugak.

    aduhai...

    ReplyDelete
  2. belalang..o belalang.. tu la aku dah kata.. jgn lawan kau nak lawan jugak.. ko memang degil la belalang....

    ReplyDelete
  3. susah kalau terlibat dengan orang besar2...walaupun dia buat salah...atas dunia lepaslah...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....