Tiga hari lepas JR ada bercerita dalam blog ini tentang pengalaman anak bujang JR yang kami panggil Angah membuang lima batang gigi di Hospital Alor Setar. Gigi yang dibuang terdiri dari sebatang gigi taring dan empat batang gigi geraham bongsu. Doktor terpaksa melakukan pembedahan dengan bius penuh, kerana ia merupakan pembedahan yang agak rumit, maklumlah 5 batang gigi perlu dibuang serentak, melibatkan gigi geraham pula tu. Prosedur pembedahan selama lima jam, lelangit Angah terpaksa dibelah, tulang rahang perlu dipotong dan ia bukan satu pembedahan semudah disangka.
Tiga hari Angah terlantar di wad hospital dan sehingga hari ini - lima hari lepas pembedahan - Angah masih tak boleh makan nasi, cuma makan bubur kerana mulutnya masih sakit bila digerakkan. Pertuturannya juga kadang-kadang sukar difahami kerana dia terpaksa memakai plate plastik pelapik lelangit bagi mengelakkan lelangit mulutnya jatuh. Semasa pembedahan tempoh hari doktor terpaksa menebuk lelangitnya bagi mengeluarkan gigi bongsu atas yang tumbuh secara tak normal dan sebab itulah dia perlu memakai plate plastik pelapik langit selama seminggu.
Memang kesan pembedahan itu agak dahsyat...sukar nak makan walau dah 5 hari dibedah, selain percakapan yang sukar difahami. Tapi bukan semua yang tak baik hasil pembedahan itu, ada juga baiknya: berat badan Angah susut 3 kg (dari 58 kg ke 55 kg) cuma dalam masa 5 hari! Maklumlah perut lapar tapi susah nak makan. Maka Angah dengan ketinggian 167 cm tu nampak semakin kurus!
Jadi sesiapa yang nak kuruskan badan, pergilah buat pembedahan gigi di mana-mana hospital atau klinik. Pastikan gigi yang dibuang itu ialah gigi geraham dan bilangan yang dibuang sekurang-kurangnya 5 batang seperti Angah, insyaallah korang akan dapat menurunkan berat badan dengan cepat hasil kesengsaraan tak boleh makan...
Gigi geraham bongsu dalam bahasa Inggeris dipanggil wisdom tooth atau jika diterjemah bulat-bulat ke Bahasa Melayu ialah gigi bijaksana, gigi pandai atau gigi cerdik. Tak taulah mengapa gigi bongsu dipanggil gigi bijaksana, mungkin kerana gigi ini memang bijak "mengenakan" tuannya??
Untuk makluman korang yang tengah belajar pasal gigi, gigi geraham bongsu atau gigi bijak ialah gigi terakhir yang tumbuh sekitar umur kita antara 18 hingga30 tahun. Tapi kata doktor, ada juga kes mereka yang umur melebihi 40 tahun baru gigi ini tumbuh. Pasti anak mereka tergolek-golek gelak, mak atau ayah baru tumbuh gigi!
Gigi geraham bongsu ini sebanyak empat batang terletak di baris paling hujung gusi kita. Jika gigi geraham bongsu ini tumbuh menegak tak apa, tapi dalam banyak kes, gigi geraham bongsu ini tumbuh condong. Ini kerana ketika umur 18 hingga 30 tahun pembesaran manusia telah terhenti jadi sukar untuk gigi yang baru tumbuh ini mencari ruang untuk tumbuh. Akibatnya gigi geraham bongsu tersebut akan tumbuh condong, menolak gigi geraham di sebelahnya yang akan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat. Dan bila ini terjadi biasanya doktor akan menasihatkan gigi bijak ini dikeluarkan secara pembedahan. Selain itu, jika yang bermasalah ialah gigi bongsu atas, doktor juga biasanya akan menasihatkan supaya gigi bongsu bawah juga dibuang kerana fungsinya tiada lagi bila "pasangannya" di atas telah dibuang, begitulah sebaliknya.
Dan begitulah dalam kes Angah, semua empat gigi geraham bijaknya dibuang serentak, campur sebatang gigi taring jadi lima gigi yang telah dibuang.
Bagi korang yang berumur sekitar 18 hingga 30 tahun dan gigi geraham bongsu belum pandai buat hal, bersedialah untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak dijangka kerana mengikut doktor kes membuang gigi bongsu di peringkat usia 18 hingga 30 adalah perkara biasa. Jika gigi geraham bongsu korang tumbuh secara teratur dan tak cuba mengorat gigi geraham di sebelahnya, tak apalah..Tapi jika ia tumbuh condong, siaplah....
Adeh..ngeri membayangkannya. Tabah sungguh anak JR.
ReplyDeleteGeraham saya tumbuh lepas umor 30. Sakit satu badan, seksa berminggu. Tapi takmo buang, sanggup kumur listerine berbotol. Akhirnya ok, tak sakit dah sampai skrg.
sadisnyer bace...guane lh kalu diri sendiri yng alami.....tanah betol angah...
ReplyDeleteita geraham bongsu kuar masa umur 23 thun.....demam seminggu masa geraham tu nk pecah gusi nk kuar
bunda pula dah tak ingat bila geraham bungsu tumbuh... bayangkan sekarang dah 50 lebih..
ReplyDeletecabut gigi yg sakit n berlubang pun jarang sekali...