»

20 August 2013

Anak-Anak Dah Berhijab, Ibu Masih Telanjang Kepala


Kes-kes biasa yang dilihat di sekitar JR ialah ibu dan nenek berhijab, tapi anak gadis mereka telanjang kepala. Sengaja membiarkan rambut panjang mengurai dengan tompokan perang dan leher jinjangnya dijilat oleh mata-mata yang bukan muhrim. Mungkin nenek, ayah dan ibu di rumah dah puas bersyarah, tapi hati anak gadis masih sekeras kerikil untuk berhijrah ke penampilan muslimah...

Tapi ada juga kes bila semua anak-anak gadisnya berhijab tapi si-ibu masih mahu menayangkan aurat kendur dan lesunya kepada orang lain. Kes seperti ini jarang berlaku, kerana biasanya ibu bapa adalah contoh terbaik untuk diteladani anak dan bukan sebaliknya. Tapi ia bukan kes mustahil...


 Published: Selasa Ogos 20, 2013 MYT 1:05:00 PM
Updated: Selasa Ogos 20, 2013 MYT 1:30:03 PM
 
DIDIE ALIAS KURANGKAN IMEJ PELIK KERANA ANAK BERTUDUNG
 

Didie Alias sewaktu memenangi Pelawak Wanita Paling popular pada Anugerah Lawak Warna Sabtu lalu.

PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung.
Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sebagai ibu, dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat.

"Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya.

"Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis," katanya kepada mStar Online.

Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.

Antara imej pelik yang pernah digayakan Didie.
 
Tambah Didie, perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat.

Semoga Allah akan membuka pintu hati dan meniupkan hidayah kepada mereka yang diinginiNya....

5 comments:

  1. paling tak suke bile tengok gaya yang ntah apa2 kalau kat majlis....suke sangat ikut orang..


    moga 1 hari nanti dapat hidayah untuk bertudung

    ReplyDelete
  2. dah nampak ke arah itu, harapnya sempat la kan...

    ReplyDelete
  3. ank2 die msti tgh doakan die tu..kte pun doalah jgk utk die..

    ReplyDelete
  4. mcm kes Bienda dan mamanya,Sheeda tu ....dunia skrg makin jelik dan pelik...

    ReplyDelete
  5. sib baik ada anak tolong peringatkan...
    sama-sama la kita saling ingat mengingatkan..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....