»

06 August 2013

Nostalgia Balik Raya Zaman Dulu-Dulu


Ketika korang membaca entri JR ni, pasti dah ramai yang berlepas balik ke kampung halaman masing-masing. Atau bagi yang dah kawin sesetengahnya pulang ke rumah ibu bapa pasangan mereka. Tak kisahlah balik ke mana pun, yang penting tradisi balik kampung memang elok dikekalkan..

JR cuma balik kampung di Penang selepas tunaikan solat raya di Alor Setar. Tak perlu gopoh gapah, jarak antara rumah di Alor Setar dan kampung JR di Penang cuma 100 km. Pagi ke Penang, petang itu balik semula ke Alor Setar.

Sampai sekarang, antara kenangan balik kampung yang tak dapat JR lupakan ialah balik kampung ketika JR bekerja di KL di awal tahun 1990an dulu. Setiap Hari Raya Puasa JR dan isteri balik ke kampung kami di Utara: di Penang dan Alor Setar. 

Ketika awal tahun 1990an, lebuhraya PLUS belum siap dibina lagi, kalau tak silap ia cuma siap pada pertengahan tahun 1990an.

Ketika itu nak balik kampung terpaksa ikut jalan lama yang berliku-liku dari KL, Rawang ke Tanjung Malim, kemudian melalui Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Butterworth dan Alor Setar, melalui pekan-pekan kecil sepanjang jalan. 

Kalau sekarang perjalanan dari KL ke Alor Setar ikut highway PLUS cuma kira-kira 4 jam lebih atau paling lama 5 jam, tapi zaman awal 1990an jika di musim perayaan mengambil masa 9 hingga 12 jam, pernah juga lebih! Maklumlah terpaksa ikut jalan sempit dua hala, melalui banyak bandar dan pekan-pekan kecil. Atas jalan sempit itu selain dari kereta yang nak balik kampung, banyak pula lori dan bas, lepas potong satu lori dan bas ada lagi lori dan bas di depan yang perlu dipotong...memang sangat memenatkan dan sentiasa menguji kesabaran pengguna jalan raya.

Biasanya kalau balik kampung ketika zaman awal 1990an itu JR akan memilih perjalanan awal malam lepas berbuka. Kadang-kadang lepas waktu pejabat terus balik kampung, berbuka di mana-mana kedai di tepi jalan. Ini bagi mengelakkan kesesakan jalan raya kerana waktu siang orang ramai balik. Satu lagi ialah perjalanan malam cuaca nyaman dan mendamaikan. 

Cuma yang sakit hati perjalanan waktu malam ketika itu ialah banyak bas dan lori-lori besar terutama lori ikan atas jalan. Melalui jalan lama ke Utara ni bukan boleh pandu laju sangat pun, paling laju pun cuma 70 km sejam, kerana di musim perayaan kenderaan memang banyak sepanjang jalan. Sebab itu perjalanan mengambil masa lama 9 hingga 12 jam baru sampai kampung. Punggung rasa kematu dan pinggang serta bahu rasa kebas biasalah...

Paling seronok ialah ketika pulang ikut jalan lama ke Utara pada malam tujuh likur dan selepasnya. Melalui kampung-kampung Melayu, melihat deretan kerlipan pelita yang dipasang di rumah-rumah kampung sekitar Selangor dan Perak, memang ia pemandangan yang sangat menguja dan mendamaikan hati.

Lepas lebuhraya PLUS siap pada pertengahan 1990an, balik kampung tak perlu lagi melalui jalan sempit dua hala, tapi melalui lebuhraya yang boleh dipandu 110 km sejam (kadang-kadang terlajak lebih 160 km sejam). Yang ruginya kalau balik kampung mengikut lebuhraya ia tak perlu lagi melalui kampung-kampung tradisional Melayu, jadi tak lah berpeluang melihat suasana meriah kampung Melayu di waktu malam, tiada lagi kelihatan deretan api pelita di halaman rumah dan kanak-kanak bermain bunga api. Kiri kanan jalan cuma kelihatan bukit, rimba, pokok besar dan batu, boring sungguh!

Dan satu lagi yang amat memboringkan ialah kesesakan di pintu tol. Jalan lama dulu jika sesak terpaksa diam saja, tapi bila ikut highway merungutlah juga - bayar tol, tapi kesesakan tak dapat di atasi. Kalau highway free tol macam Thailand, tak lah merungut sangat...

Kepada yang kini sedang memandu dan akan memandu dalam perjalanan balik, berhati-hati memandu:

Biar lewat tiba 30 minit
Jangan awal tiba 30 tahun...

4 comments:

  1. Saya kerap jgk balik kg ikut jalan lama, sebab jalan lama tak jem sgt. Raya tahun lepas balik kg ikut jln lama, x jem langsung. Cuma kalo balik ikut jalan lama ni kena lebih berhati-hati la..jalan mcm ular kena palu & banyak lori basau2.

    ReplyDelete
  2. Dulu sy slalu balik naik bus ekspress, skang tak lagi...
    Selamat Hari Raya Aidilfitri, hati2 di jalan raya.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya! Muga Allah berkati hidup kita ini.

    Berada di jalan raya juga ujian Tuhan pada kita..

    ReplyDelete
  4. Salam Lebaran...Maaf Zahir Dan Batin...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....