Dah empat hari JR tutup kedai, tak dapat bersiaran kerana sibuk beraya. Pasti sekarang dah ramai beransur-ansur pulang semula ke rumah selepas beberapa hari melepaskan rindu di kampung masing-masing.
JR hanya benar-benar beraya selama 3 hari saja. Jenuh juga meronda dari rumah ke rumah dari Kedah ke Pulau Pinang (kampung asal JR) dan kemudian balik semula ke Kedah.
Kesian kat perut, sebulan berehat, sekarang dipaksa kerja berat pula...
Hari ini Raya keempat JR dah mulakan puasa enam. Ramai orang puasa enam sejak hari Raya kedua, JR hari ni baru mulakan puasa enam. Ingat esok nak sambung puasa enam lagi, tapi kebetulan esok ada kenduri rumah rakan baik isteri. Nanti tak elok pula pergi kenduri tak makan, jadi lusa saja la kot sambung puasa enam lagi..
Dalam ziarah dari rumah ke rumah ketika Raya baru-baru ini juadah yang tak dapat JR tinggalkan ialah lemang dan ketupat. Kuih raya moden yang manis-manis dan berkalori tinggi tu tekak JR tak berapa boleh terima, setakat rasa sikit-sikit bolehlah. Tapi lemang dan ketupat walaupun kalorinya juga tinggi, tapi memang favourite JR.
Cuma Raya kali ni dalam banyak-banyak rumah yang JR pergi, ada satu cerita yang sangat popular yang dijaja dari rumah ke rumah dan mungkin boleh dilabel sebagai cerita box-office Raya tahun ini di Kedah. Ia adalah cerita seorang wanita dan bayi yang dikandungnya mati lepas makan lemang kerana kononnya di dalam buluh lemang ada ular berbisa. Beberapa rumah yang JR pergi, cerita itu diulang tayang dalam pelbagai edisi dan variasi..
Sebenarnya JR mula baca cerita tu beberapa hari sebelum Raya lagi dalam media sosial. Tapi JR tak yakin dengan kebenaran cerita itu. Tak kan kerana bersandarkan satu SMS yang disebarkan dalam media sosial saja kita boleh percaya dengan ceritanya?
Berdasarkan cerita dongeng dari mulut ke mulut yang JR kutip semasa berhari raya, insiden itu kononnya berlaku di Hutan Kampung tak jauh dari Alor Setar. Memang di situ banyak orang menjual lemang, murah-murah pula tu, dengan RM8 dah boleh dapatkan lemang garing bersaiz sederhana.
Tapi ada pula yang kata kes wanita mati makan lemang itu berlaku di Sik, malah ada yang kata di Baling. Tengoklah bagaimana cerita dongeng ini ditokok tambah hingga tempatnya pun berubah-ubah, dari Alor Setar ke Sik ke Baling. Malah ada yang berkata bukan saja seorang wanita dan anaknya yang meninggal, tapi seorang pembeli lemang lain juga meninggal kerana kes yang sama. Tu dia...hebatnya penangan lemang!!!
Kerana kes itu dikatakan berlaku di Hutan Kampung yang terletak cuma kira-kira 3 km dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, JR pun bertanya adik ipar yang kebetulan bekerja di hospital itu. Katanya dia juga ada mendengar cerita itu, tapi dia tidak pula mendengar kes itu dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah. Mungkin dirujuk ke hospital lain kot, katanya. Habis, jika kes itu berlaku di Alor Setar tak kan nak dirujuk ke hospital kecil di daerah lain pula kot? Tak logik betul.
JR juga ada baca komen seorang yang ada pengalaman memproses lemang, katanya adalah tak logik ular boleh masuk dalam batang buluh kerana bukankah ular memang takut kepada buluh? Dan satu lagi katanya jika ular ada di dalam batang lemang, sebaik saja pulut di masukkan dalam buluh, ia pasti akan bergerak dan menyedarkan pengusaha lemang. Kecualilah jika ular itu dah mati, tapi bagaimana pula ular mati boleh masuk dalam buluh lemang atau dalam masyarakat ular pun ada ular zombie??
JR lebih yakin cerita ini cuma disebarkan oleh pihak-pihak yang mungkin tak senang hati kepada pengusaha-pengusaha lemang yang mencari rezeki menjelang Raya. Agaknya ada orang yang yang tak suka lihat ada orang lain murah rezeki menjelang Raya, agaknyalah...Perangai Melayu kan macam tu, tak suka tengok orang lain lebih senang sikit darinya...
Dan semalam JR baca kenyataan Polis mengenai kes itu:
Wanita hamil mati makan lemang perisa katak & ular berita palsu – Polis
SIK 9 Ogos – Polis meminta orang ramai agar jangan percaya khabar angin mendakwa seorang wanita hamil mati selepas memakan lemang dipercayai mengandungi ular di dalamnya.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, berita itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Sik dan negeri ini sejak seminggu lalu itu adalah tidak benar sama sekali lapor Utusan Malaysia.
Beliau berkata, polis juga menerima maklumat bahawa berita palsu tersebut turut dimuat naik dalam laman sosial dan disebarkan secara meluas dalam internet menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Namun, siasatan awal mendapati berita itu adalah tidak benar, malah mengelirukan pengguna.
“Kita juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian seperti itu berlaku di daerah Sik atau tempat lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Ismail mengulas mengenai khabar angin yang tersebar luas mendakwa seorang wanita hamil maut selepas memakan lemang yang dibeli di tepi jalan di daerah itu.
Khabar angin tersebut menyatakan selepas dibelah, batang buluh tersebut mengandungi seekor ular kapak yang dibakar bersama lemang.
Sehubungan itu, Mohd. Ismail mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh atau terus menyebarkan berita palsu tersebut.
“Kita tidak pasti motif penyebar berita palsu ini tetapi saya ingin mengingatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan khabar-khabar angin yang boleh mencemaskan seperti ini,” ujarnya.
Lain kali jangan mudah percaya dengan kabar angin....
Tq JR for clearing up the false story, Let this be a lesson to all to find out the truth of any gossip before we spread it further.
ReplyDeleteAstaghafirullahal'aziim...pertama2 sekiranya berita ini soheh..rasa simpati, ngeri dan mual berbagai macam lagi ...
ReplyDeletekeduanya sekiranya berita ini hanya palsu dan rekaan semata2 ..maka teriniayalah pengusaha lemang selama ini..mungkin tak banyak sikit terjejas pendapatan mereka...pada hal musim perayaan beginilah mereka nak cari pendapatan tambahan...
kesian..kesian kat penyebar berita palsu ini..
yg saya dgr,ia berlaku di kulim hehe...blk kelantan pun ada dgr cerita tu jugak...
ReplyDeletetp ada yg betul2 berlaku...bkn lemang ada ular tp ada katak hehe...termuntah2 adik ipar yg memakannya...katak tu dah bertukar rupa mcm daun pisang yg layu dah..
ReplyDeleteAda dengar jugak cerita ni. Tapi malas nak ambil port. Rupanya memang cerita palsu semata.
ReplyDeletemmg ada juga tau pasal lemang perisa ulaq ni,,, tapi kiter bantai semacam je makan lemang sebab buat sendiri,,,dijamin ok punya,, hihihi
ReplyDeletenak setuju jugalah pendapat JR tuu... besalah melayu kalau menianga.. ada saja usaha nak menjatuhkan kawan
Laa...ingatkan cerita ni betul.. Tapi kebetulan tahun ni xdapat merasa pun lemang di hari raya.huuu
ReplyDeleteni fb la ni.....zaman skrg zaman fitnah!!!
ReplyDelete