»

05 August 2013

Nyawa Orang Malaysia Lebih Murah Dari Nyawa Seekor Lembu


Tak sangka nyawa orang Malaysia begitu murah. Kalau korang benci kepada seseorang, korang cuma perlukan duit RM1,000 untuk mengupah pembunuh upahan dan kemudian "...pang.." dan musuh kita terbujur kaku...

Sepanjang minggu ini saja kalau tak silap ada 7 kes tembakan menggunakan senjata api, cuma seorang mangsa tembakan masih hidup (mungkin penembaknya  semi-pro) yang lain semuanya mati.

Yang kena tembak bukan saja orang yang ada banyak duit dan naik kereta mewah, orang biasa-biasa macam JR pun boleh jadi mangsa tembak. Yang terbaru pagi tadi apabila seorang penoreh getah dari Pasir Puteh, Kelantan mati ditembak ketika sedang bersahur.

Tiga hari lepas sebuah akhbar Singapura keluarkan tajuk berita: "Malaysia -  Death Is Cheap". Kemudian wartawan Sinar Harian pula mendedahkan upah membunuh di Malaysia cuma RM1,000.



Kalau harga satu nyawa di Malaysia cuma RM1,000 ia memang sangat murah. Harga seekor lembu untuk disembelih pun lebih kurang RM2,000 seekor, tapi nyawa orang Malaysia cuma RM1,000, lebih murah dari nyawa seekor lembu.

Kesian anak cucu kita. Apa nak jadi dengan Malaysia jika jenayah terus berleluasa seperti sekarang???

2 comments:

  1. Apa pilihan utk org spt kita, nak lari ke mana? Nak lari ke Indonesia, S'pura atau Thailand tak ada sdr mara di sana, terpaksalah juga tinggal di negara Malaysia yg "aman damai" tapi penuh dgn jenayah ini...

    ReplyDelete
  2. Macam-macam dah dunia la ni..anak2 derhaka kat mak pak, isteri terajang suami hnya kerana baju raya, ragut, pecah rumah dan tembak menembak mcm negara tiada undang2..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....