Rutin mingguan JR ialah mesti ke Pasar Besar Alor Setar pada setiap Jumaat atau Sabtu. Dan salah satu yang setiap minggu MESTI dibeli di Pasar Besar ialah ayam. Ini kerana ketika makan anak-anak JR memegang falsafah nasi dan ayam berpisah tiada. Kalau tak ada ayam, masing-masing muka akan mencuka. Sebab itu hari-hari kena ada menu ayam....
Hari ini JR beli ayam lagi di Pasar Besar Alor Setar. Bukan seekor dua tapi empat ekor bersaiz besar.
Seperti biasa juga JR akan beli ayam di gerai Ed Ayam. Ed Ayam ialah peniaga ayam yang menjual ayam dengan harga termurah di Alor Setar, kalau pun bukan Malaysia. Bayangkan ketika harga ayam melambung lebih RM8 sekilo beberapa minggu lepas, Ed Ayam cuma menjualnya pada harga sekitar RM7 sekilo.
Tiga hari lepas ketika JR ke Pasar Besar Alor Setar, Ed Ayam menjual ayam pada harga RM5 sekilo. Katanya dia saja nak beramal di bulan Ramadan dan harga ayam RM5 sekilo itu adalah selama 3 hari, lepas itu dia akan menjual pada harga biasa semula. Ramai orang beratur nak membeli ayam dengannya pada hari itu. Dah ayam murah ramailah orang ke gerainya, sapa nak beli ayam di gerai sebelah menyebelah yang dijual pada harga RM7.50 hingga RM7.70 sekilogram?
Pernah juga beberapa bulan lepas ketika harga ayam dijual peniaga lain lebih RM6-RM7 sekilogram (sebelum harga ayam naik), Ed Ayam menjualnya cuma pada harga RM4 sekilogram, murah giler!!
Hari ini Ed Ayam menjual ayam pada harga RM6.60 sekilo. JR tengok gerai di sebelahnya menjual pada harga RM7.70, ada juga yang menjual pada harga RM7.60 sekilo. Tapi dia cuma menjual RM 1 lebih murah daripada mereka.
JR tanya anaknya bila lagi nak jual ayam RM5 sekilo seperti 3 hari lepas? Anaknya sambil ketawa berkata mereka tak boleh jual ayam terlalu murah setiap masa, nanti peniaga ayam lain nak makan apa?
JR tanya jual RM5 sekilo tu dapat untung ke? Anaknya kata jual RM5 sekilo pun dah dapat untung, jadi mengapa nak dijual mahal hingga RM7-RM8 sekilogram seperti peniaga lain? Cuma Ed Ayam tak mau jual ayam terlalu murah setiap masa, nanti peniaga-peniaga lain yang dah biasa dapat untung banyak setiap kilogram marah pula.
Yang istimewanya tentang Ed Ayam ini ialah dia begitu pemurah dengan pembeli. Dia tidak pernah mengambil wang sen daripada pelanggan, dia hanya mengambil ringgit terdekat yang menguntungkan pembeli.
Satu lagi yang istimewa tentang Ed Ayam ialah dia bersikap kids friendly, kanak-kanak yang mengikut ibu bapa mereka yang membeli ayamnya akan diberinya sedekah seringgit seorang. Dah la jual ayam dengan harga murah, anak-anak pula dapat wang lagi...pemurahnya dia!! Bayangkan pada hari Jumaat dan Sabtu (hari cuti Umum di Kedah), ramai ibu bapa bawa anak-anak mengiringi mereka ke pasar, berapa banyak yang disedekahkannya kepada anak-anak pelanggannya?
Dan di penghujung Ramadan nanti, Ed Ayam tak pernah kedekut untuk memberi sekotak kuih raya kepada pelanggan setianya...
Semoga Allah akan memberkati perniagaan Ed Ayam...
wah mmg mulia dia berniaga
ReplyDeletepatut boleh borong sampai 4 ekor
Wow... Murah la
ReplyDeleteAlhamdulillah..ada lagi peniaga yg pemurah & berfikiran mcm Ed Ayam ni, semoga rezeki berlipat ganda..thumbs up!
ReplyDeletesenang nak cari pahala dibulan mulia ni
ReplyDeleteDia ada ladang ayam sendiri kot..tu sng control harga.
ReplyDeleteKalau tak, biasa org tgh yg jual kpd peniaga..jd terpaksalah peniaga jual sesuai dgn harga dari org tgh. Nak turun..takde untung pulak.
Tapi mmg susah nak jumpa peniaga pemurah..siap bg duit kat bdk2.
kita kurang makan ayam..jadi langsung tak tau pasal harga ayam
ReplyDeleteMurah betul ni.. Mana nak dapat harga macam ni dekat tempat lainkan.. kalau ed ayam ni dapat buka cawangan setiap negeri memang market ayam dia pegang la. Hehe
ReplyDeleteSy nk order tiap2 hari untuk perniagaan, ada no fon ed ayam tak...
ReplyDelete