»

18 August 2013

Bila Orang Islam Berjubah Jadi Penjaga Gereja Kristian


Jika korang rajin menonton berita TV, salah satu topik yang paling hangat dalam berita TV sekarang ialah kisah pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir oleh pihak tentera yang memerintah Mesir. Bilangan rakyat yang terbunuh akibat pembunuhan beramai-ramai oleh tentera tak dapat dipastikan - pihak kerajaan berkata cuma lebih 400 rakyat Mesir yang dibunuh oleh pihak tentera. Pihak Ikhwan Muslimin (Persaudaraan Islam) - parti yang memenangi pilihanraya Mesir tahun lepas - pula kata bilangan yang dibunuh oleh tentera Mesir lebih 4,000 orang.

Antara berita yang paling menarik perhatian JR dalam konflik antara kerajaan yang didokong oleh tentera dan rakyat yang dipimpin oleh Ikhwan Muslimin  ialah apabila anggota-anggota Ikhwan Muslimin yang rata-ratanya berjubah secara sukarela beramai-ramai melindungi gereja Kristian dari dicerobohi oleh kumpulan samseng yang menyokong kerajaan tentera Mesir.

Betapa indahnya Islam jika kita penganut-penganutnya dapat menunjukkan toleransi beragama sehebat Ikhwan Muslimin Mesir..

Berita selanjutnya:

Malangnya Mesir. Di negara lain tugas tentera ialah melindungi negara dan rakyat dari ancaman  musuh. Tapi di Mesir pihak tentera menggunakan peluru yang dibekalkan oleh musuh (Israel) untuk membunuh rakyat negara mereka sendiri...

AL-FATIHAH UNTUK KORBAN KEZALIMAN KERAJAAN MESIR...

8 comments:

  1. al-fatihah...kepada mereka yang terkorban...

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari raya dan maaf zahir batin bang JR

    ReplyDelete
  3. IM pun kagum dengan kehebatan IM. IM ini kalau di Palestin sama juga dengan HAMAS. Pihak Yahudi memang gerun dengan IM ini kerana kekentalan merela dalam perjuangan.

    Slogan mereka ialag samada menang atu mati syahid...

    Sebab itu Kerajaan Malaysia takut jika semangat IM ini menular di Malaysia. Boleh perhatikan ia dari kenyataan-kenyataan oleh kempimpinan kerajaan.

    Agak-agaknyalah, kalau ada pihak luar datang serang Malaysia, bolehkah kita yang senang lenang hidup di Malaysia ini boleh mempertahankan negara kita seperti yang IM lakukan?

    ReplyDelete
  4. kebelakangan ni saya rasa kurang senang dengan segelintir rakyat Malaysia yang beri respon negative terhadap perjuangan penyokong mursi. seakan memperkecilkan dan menghinaa kematian para syuhada. harapnya kita tak keterlaluan dalam beri pandangan kat sini sebab kita tak pasti apa yang berlaku secara tepat kat sana.

    ReplyDelete
  5. Minta izin salin foto dan share link entri ini kat entri IM...

    ReplyDelete
  6. israel senuym je tgok kite sesame islam berperang. mmg dunia akhir zaman dah nih hmm

    ReplyDelete
  7. Islam sesama islam. apa nak jadi la ni. Orang Israel jugak yang senyum lebar.

    ReplyDelete
  8. Semoga Mesir kembali aman dan tenang..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....