»

28 August 2013

Mengapa Membaiki Pusara P.Ramlee Hukumnya Haram??


Masa JR mula-mula membaca tajuk berita: "Baiki Pusara P.Ramlee Haram - Mufti Selangor", dalam mStar agak terkejut juga JR. Dalam hati tertanya-tanya: benarkah membaiki pusara hukumnya haram? Bagaimana dengan pusara datuk JR yang dibaiki kerana batu nisannya telah patah?? Adakah membaiki pusara P.Ramlee hukumnya haram kerana nama orang dalam pusara itu P.Ramlee?

Kemudian lepas baca penjelasan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, barulah JR faham. Hukumnya haram kerana pusara P. Ramlee yang telah roboh ditimpa pokok itu akan dibaiki oleh FINAS dengan kos agak tinggi - RM25,000. Mufti Selangor berkata Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan, apa lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.

Kata Mufti Selangor lagi: “Kos (membaiki pusara P.Ramlee) RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal. Dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan.."

JR sendiri pernah melihat pusara dihias berlebih-lebihan di banyak tempat. Ada pusara Raja-Raja Melayu sendiri   JR tengok dihias berlebihan juga. Begitu juga Makam Pahlawan yang menempatkan pusara pemimpin-pemimpin kita.

Cuma JR tak tau apa hukumnya bila pusara-pusara VVIP dibina begitu agam, hukumnya haram, makruh atau harus??

6 comments:

  1. “Rasulullah SAW telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

    ReplyDelete
  2. byknya kos..setakat kubur je. mmg tahap membazir tu.

    ReplyDelete
  3. Baiki pusara dengan harga RM15k. tak munasabah betul harganya.

    ReplyDelete
  4. yang menentukan indah atau tidak sesebuah kubur tu bukan pada mahal atau murahnya marmar yg dipakai utk menghias kubur tu. Tapi amalan org yang ditanam di dalam kubur tu. Kalo vvip tu, ermm... Allah je la yg tau.

    ReplyDelete
  5. banyak sangat kosnya,baik digunakan kepada yang memerlukannya...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....