Semalam ketika JR pulang ke rumah, anak menghulurkan sesuatu. Bungkusan dari seseorang...
Bila dibuka, rupanya ia sebuah buku:
Buku itu berjodol "Nota Hati Seorang Lelaki" karya Pahrol Mohd Juoi.
"Nota Hati Seorang Lelaki" bukan sebuah novel. Ia antalogi nota mengandungi 56 nota ringkas dalam bentuk cerita dengan watak utamanya ialah "saya"...iaitu si-pencerita. Ia adalah catatan seorang lelaki yang juga seorang anak, seorang suami dan seorang ayah tentang sebuah kehidupan, tentang rumahtangga, tentang agama, moral dan lain-lain.
Salah satu tajuk yang menarik perhatian JR ialah "Nota 32: Selamat Pendek Umur!". Ia mengenai "saya" yang mengucapkan "selamat pendek umur" kepada rakan karibnya yang menyambut harijadi. Lepas habis membaca Nota 32 ini baru JR faham mengapa "saya" mengucapkan "selamat pendek umur" dan bukan "selamat panjang umur" kepada rakannya. Ada falsafah di dalam ucapan itu.
Jika korang nak tau apa falsafahnya, kenalah beli buku ini...
Walaupun JR belum habis membaca buku ini, tapi JR boleh katakan ia sangat menarik. Kadang-kadang kita seperti membaca catatan tentang diri kita sendiri yang dibaluti pelbagai sifat-sifat lemah dan kekurangan ini..
Kepada Ujie yang memberi hadiah ini, terima kasih tak terhingga dari JR. Ia adalah anugerah terindah di awal Ramadhan dan JR sangat menghargainya.
Kepada korang yang belum mengenali Ujie, kunjungilah blognya. JR dah lama meminati catatan Ujie dan korang juga pasti tidak akan menyesal jika singgah sebagai tetamu blognya....
hadiah yang paling best!buku...
ReplyDeleteSaya memang suka bahan bacaan yang bukan fiksyen macam ni, sebab unik dan jujur penulisannya...
ReplyDeleteTerima kasih jugak sbb sudi terima cenderahati yg tak seberapa tu. Risau jugak JR tak suka.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!
~insan marhaen~