Salam Ramadhan.
Bagaimana malam tadi, ada sesiapa yang ponteng tarawih tak?? JR seperti biasa bersolat tarawih di surau kecil komuniti kami. Seperti biasa seperti tahun-tahun terdahulu, hari pertama dan minggu pertama Ramadhan jemaah memang ramai...melimpah hingga keluar surau. Kemudian minggu kedua dan ketiga Ramadhan biasanya jemaah semakin kurang. Dan minggu keempat hanya orang-orang yang biasa kita kenali berjemaah dalam solat fardhu biasa akan setia menunaikan tarawih di surau....
Kadang-kadang kita tak sempat bersolat tarawih kerana sesuatu sebab yang tak dapat dielakkan.
Kadang-kadang pula ada yang terlupa jika tak sempat melakukan solat tarawih secara berjemaah di surau atau masjid ia boleh dilakukan bersendirian di rumah. Tak apalah...jika tak sempat bersolat tarawih secara berjemaah di surau atau masjid kita masih boleh melakukannya bersendirian di rumah. Rugi jika terlepas melakukan sesuatu yang ganjarannya cuma disediakan Allah sekali dalam setahun:
Kadang-kadang pula ada yang terlupa jika tak sempat melakukan solat tarawih secara berjemaah di surau atau masjid ia boleh dilakukan bersendirian di rumah. Tak apalah...jika tak sempat bersolat tarawih secara berjemaah di surau atau masjid kita masih boleh melakukannya bersendirian di rumah. Rugi jika terlepas melakukan sesuatu yang ganjarannya cuma disediakan Allah sekali dalam setahun:
Soalan:
1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat.
Jawapan:
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, Kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat sama seperti dalam solat yang lain. Oleh sebab solat terawih dilakukan dua rakaat-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).
2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukan selawat. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Selawat itu bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat kita boleh menggantinya dengan ibadah lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
Alhamdulillah..malam td sempat jemaah kat surau.
ReplyDeleteSblm2 ni kalau tak sempat pun, mmg buat sendiri kat rumah. Takde selawat...terus je. Yg penting solatnya.
*dah dpt kiriman saya? Harap sudi terima...dan terima kasih jadi sahabat blog saya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Ramadhan dan selamat berpuasa JR..sy pun kena solat sendirian je kat umah..ada si kecik.x leh nk pi masjid..huhuhu..
ReplyDeletesemalam solat kat umah je....
ReplyDeleteselamat berpuasa..
thanks JR... bagus kongsian ni.. al maklum la... sbg ibu, pekerja dan isteri nak buat terawih penuh dibulan ramadhan ni mmg la lum pernah tercapai... hari tu ada gak tanya ustaz.. tpi tak sempat nak tanya banyak2 sbb nak cepat...
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ni JR.
ReplyDelete