»

14 July 2013

Kehilangan Yang Pelik


Situasi seperti ini bukan pertama kali berlaku. Tapi kali ini pelik sungguh. Puas cari masih tak jumpa.
Ke mana gerangan ia hilang????

Tengahari tadi JR pulang sekejap ke rumah. Masuk rumah pun bukan lama, dalam 10 minit saja. Bila keluar dari rumah nak masuk ke dalam kereta, seluk kocek seluar....eh mana pula perginya kunci kereta??

Silap letak?? Tak mungkin silap letak, sebab kunci itu belum pun diletak, kecuali letak dalam poket. Tapi masalahnya ia tak ada dalam poket! Poket seluar pun bukan koyak..

Mungkin kunci tertinggal dalam kereta?? Lalu JR pergi geledah kereta, mana tau tercicir dalam kereta. Tapi puas geledah masih tak jumpa.

Mungkin tercicir antara porch kereta dan ruang tamu rumah? Tapi 10 kali berulang alik antara porch kereta dan ruang tamu, tapi masih tak jumpa.

Juga cuba amalkan beberapa petua pelik orang tua-tua jika ada benda hilang, tapi tak jumpa juga. 

Nasib baik ada kunci sphere. Jika tidak payahlah, sebab JR perlu keluar segera.

Masalahnya kunci yang hilang tu bukan cuma mengandungi kunci kereta, ia seberkas kunci yang di dalamnya juga ada kunci motor, kunci rumah, kunci bilik, kunci locker dan serba serbi kunci...Bila hilang memang payahlah juga.

Yang peliknya bagaimana ia boleh hilang dalam tempoh cuma 10 minit dalam perjalanan antara porch rumah dan ruang tamu yang jaraknya cuma beberapa meter?

Sehingga kini masih tak jumpa. Kehilangan yang pelik!

4 comments:

  1. apa kata tak payah cari lagi. nanti mesti jumpa secara kebetulan. selalunya macam tu. tapi tak jamin la cepat ke lambat jumpanya.

    ReplyDelete
  2. Amalkan baca surat al-Ikhlas 3 kali dengan yakin, Insya ALLAH jumpa.

    ReplyDelete
  3. mungkin semasa sembahyang nanti akan teringat kunci itu terletak dimana...

    maaf!

    ReplyDelete
  4. Selalu nya bila kita dah tak ingat nak cari, nanti terjumpa lah tu...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....