Seperti yang JR janjikan dua hari lepas, JR akan kembali jika berjaya pulih dari sindrom malas menulis blog yang masih mensihir diri....
Dan hari ini JR benar-benar mahu kembali, agaknya sindrom malas menulis sudah nyah pergi, yeah...hari ini kembali menulis!!
Tapi apa yang nak ditulis....entah!!!
Biarlah menulis mengenai diri sendiri dulu...
Ketika menulis ini JR sihat, segar bugar (baru habis gardening: tebas rumput, trim pokok-pokok bunga, bersihkan wakaf depan rumah, susun semula landskap depan rumah hingga badan lecun dan berbau tak enak!!).
Sedang enak-enak bermandi peluh di tengah panas dari pagi hingga tengahari tadi, anak bongsu JR yang kini sedang berada di KL kerana menyertai rombongan sekolah dalam Malaysia World Band Competition di Bukit Jalil menghantar SMS: SMK Sultanah Asma (sekolah tempat dia belajar) menang lagi dalam Malaysia World Band Competition. Sekolahnya berjaya mendapat anugerah sebagai band keseluruhan terbaik di peringkat dunia dan peringkat kebangsaan di samping best colorguard overall dan best hornline overall.
(Sumber foto: FB Natcomp)
Sekolah tempat anak JR belajar memang dah banyak kali menjadi juara dunia dalam pertandingan pancaragam sekolah-sekolah menengah sebelum ini. Telinga JR pun dah terbiasa sangat dengan bunyi latihan pancaragam, maklumlah rumah JR cuma terletak kira-kira 1 kilometer dari sekolahnya..
Tahniah kepada SMK Sultanah Asma yang sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah, nama Kedah dan nama Malaysia di persada dunia!!
Cuma JR selalu katakan kepada anak JR, JR akan lebih bangga jika sekolahnya bukan saja berjaya menjadi juara dunia dalam pertandingan pancaragam, tetapi juara dunia dalam pertandingan tilawah al-Quran, juara dunia dalam pertandingan pidato atau menduduki ranking nombor 1 sebagai sekolah terbaik dunia dalam bidang akademik!!
tahniah.....memang bangga kan kalau tengok sekoloh kita berjaya.
ReplyDeletetahniah dan selamat kembali secara rasminya...
ReplyDeleteitupun dah kira bagus dan membanggakan.
ReplyDeleteanak-anak IM ? he..he..