»

04 July 2013

Yang Sebenarnya


YANG SEBENARNYA

Sudah tiga minggu menyepi
tiga minggu jejari tidak lagi menari
sesekali rindu menggamit hati
menyelak lembaran blog yang berabuk 
tetapi sering pula kemalasan memaksa
seperti enggan bersiaran lagi.

Sebenarnya
telah lebih seminggu laptop pulih dari koma
jika mahu aku boleh menulis lagi
jika mahu bebunga entri bakal berkembang lagi
tapi sindrom malas ini memaksa diri
mengunci jari
jangan menulis lagi.

Sebenarnya
sepanjang laptop ini koma
jika mahu boleh pinjam laptop isteri
jika mahu boleh pinjam laptop anak-anak
jika mahu boleh guna desktop di ruang tamu
tapi itulah yang sebenarnya
kemalasan melampau ini
terlalu perkasa memaut hati
memaksa jangan menulis lagi.

Laptop sudah lama pulih
tapi sindrom malas ini
entah bila akan ke noktah terakhirnya.

Siapa tahu
mungkin esok atau lusa
sindrom malas ini nyah pergi
dan aku seperti dulu
di sini lagi..

~ JR
040713

11 comments:

  1. selamat kembali..
    mcm tu lah kalau dah lama tak menulis, mmg jadi malas/tak semangat. Nak start enjin tu payah.

    *nanti bg nama, alamat, no. hp kat ruangan 'contact me' blog saya. Sedikit cenderahati tanda terima kasih jd top 3 commenters. :)

    ReplyDelete
  2. bak kata orang, "feel belum mari". hehee...

    ReplyDelete
  3. Mmg la mcm tu JR. Kalo dah lama tak update blog, jadi malas dan takde idea. Saya ari tu lagi la.. 3 bulan tak update. Hehehe..Mmg malas gile.

    ReplyDelete
  4. madah pujangga ke puisi ni hehe ;p

    ReplyDelete
  5. assalam,

    Alhamdulillah...selamat kembali, harap2 syndrom malas tu campak jauh2..

    Sampaikan pesan walaupun sebaris ayat..

    ReplyDelete
  6. Semoga mood rajin cepat kembali..sy suka baca N3 JR..:)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah laptop koma tak pe asal tuan laptop dan seisi keluarganya sentiasa dlm keadaan sihat sejahtera amin

    ReplyDelete
  8. Dan sebenarnya, ingat tajuk lagu mana td..hehe, biasale tu malas nak menulis, tp jangan pernah berhenti menulis untuk memberi pesanan untuk kebaikan kepada rakan2x blogger.

    ReplyDelete
  9. macam hari ini
    kau pun menulis lagi
    memuisi hati
    yang tidak mahu pamit dari menjadi pencinta

    blog diri sendiri!

    ReplyDelete
  10. kalau sindrom M menyerang memang payah sangat nak kuar dari badan..hehehhe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....