»

08 July 2013

Mengapa Aku Tak Suka Durian???


JR tak pasti sejak bila JR tak suka durian. Seingat JR masa sekolah rendah JR sangat suka durian. Masa kecil, di belakang rumah JR ada sepohon durian yang kata emak "sangat ramah" berbuah. Memang pokok durian nan sebatang itu tak pernah mengecewakan, setiap musim durian hasilnya banyak sekali. Hingga selalu ayah buat kenduri pulut durian, jemput jiran-jiran sekampung makan. Walau cuma sepohon tapi hasilnya sangat-sangat lumayan hingga mampu buat kenduri.

Agaknya kerana terlalu banyak makan durian masa kecik, bila tiba satu peringkat, kalau tak silap ketika di sekolah menengah atas, tekak JR mula tidak begitu galak lagi menerima durian. Ia berlaku sikit demi sikit seperti satu transformasi, mula-mula masih boleh makan dalam jumlah kecil, hingga akhirnya tiba satu peringkat hingga kini menghidu bau durian saja kepala rasa berdenyut semacam. Kalau orang sendawa berbau durian lagilah tekak meloya, rasa macam nak pergi luku kepala orang itu!



Walaupun JR kini tak suka durian, tapi sang isteri di rumah memang hantu durian. Pantang tengok durian pasti nafsunya membuak-buak untuk beli. Akhirnya satu rumah berbau durian yang menyebabkan JR selalu diserang migrain!

Isteri memang tau JR tak suka durian dan JR lebih dari tau isteri memang hantu durian. Sebagai suami, mau tak mau JR perlu beralah membiarkan aroma yang menyentap jiwa itu memenuhi atmosfera rumah. Demi isteri!

Anak-anak JR pula terbahagi dua: ada yang seperti ibunya suka durian, ada yang seperti JR cuba menjauhi durian. Tapi tak apalah, kan negara kita negara demokrasi,  sebusuk-busuk durian pun ia tak  pernah menyebabkan ada kes yang diserang sakit jantung cuma kerana menghidu gas kuat itu...Jadi biarkanlah saja bau itu membingit di atmosfera rumah. Biarlah....

Sekarang ini musim durian di Utara. Di pasar malam berlambak durian, di pasar tani berlungguk durian, malah di tepi jalan pun penuh dengan durian. Harganya pula sangat murah. Semalam isteri beli durian tepi jalan yang katanya ulas besar-besar, isinya berlemak dan sangat sedap cuma dengan harga RM2 sekilo. 

Masalah bagi orang yang tak suka durian seperti JR ialah bila jiran panggil makan kenduri durian. Kenduri durian dah jadi seperti kelaziman pula bagi komuniti tempat JR tinggal sekarang. Maklumlah musim durian. Kalau tak pergi mungkin akan  kecilkan hati jiran, bila pergi pula nampak sangat hipokrit: pura-pura ambil seulas durian tapi sampai balik pun masih tak berjaya nak habiskan seulas durian itu. Nasib baik ada pulut, jadi nampaklah juga mulut kumat kamit mengunyah dan ia pasti tak akan mengecilkan hati jiran yang buat kenduri durian.

Kalau ada yang bertanya mengapa JR tak suka durian, pasti tiada jawapan yang pasti dan tepat. Adakah kerana bau bingitnya yang menusuk kalbu atau kerana sejarah lalu yang terlebih makan durian hingga sampai ke peringkat membenci??

Entahlah....

10 comments:

  1. dah jemu ke?kalau sy tak de istilah jemu ngan durian..cuma sekarang x boleh amik cam dolu2 sbb ada drhtinggi..:( (cuba membenci durian tp x leh..huhuhu)

    ReplyDelete
  2. alamak, saya paling suka bubur kacang durian...

    ReplyDelete
  3. aku mmg tak makan buah, durian lagi ar aku tak makan..ahaha

    ReplyDelete
  4. masa bebudak dulu saya tak suka durian. dah melangkah ke alam dewasa baru begitu menyukai durian sampai jadi hantu durian :)

    ReplyDelete
  5. cr pun kurang durian hihihi

    ReplyDelete
  6. Pernah kena jugak... tapi bukan benci durian tpi roti boy... sampai sekarang lalu depan kedai dia jer dah rasa nak mual :(

    ReplyDelete
  7. rugi arr tak suka durian,,,hiihhi,,bapak saya ada dusun durian,rugi arr kalau nak dia xmakan durian

    ReplyDelete
  8. memang ada org x suka durian nie .. tapi ieda anak beranak hantu durian ekke ;)

    ReplyDelete
  9. Dulu Teena kecik2 pun suka makan durian tp dah besar sikit cm sekarang ni dah tak suka sgt.

    ReplyDelete
  10. assalam, salam ramadhan JR,

    bunda pulak dari kecik sampai sekarang tak berapa suka makan durian...

    bukan tak makan langsung, kalu dibuat kuah durian cicah roti atau pulut tu makan jugak...atau dijadikan tempoyak dan gulai tempoyak, makan jugak...

    cuma durian yang ulas2 tu tak pandai nak makan..tak suke...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....