Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke-13 Ramadan. Tinggal 2 hari lagi untuk masuk hari ke-15 - hari pertengahan bulan Ramadan.
JR bersyukur kerana tahun ini Allah memberi kesihatan terbaik, berpuasa dalam keadaan sihat walafiat, berbuka dengan makanan paling sederhana (dah 13 hari tak menjamah nasi!) dan yang paling penting Allah mengizinkan setiap malam dapat berterawih berjemaah di surau komuniti kami.
Tahun lepas ada juga beberapa hari JR ponteng tarawih berjemaah. Bukan saja-saja ponteng tapi ada hal-hal peribadi yang tak dapat dielakkan: anak sakit dan perlu dibawa ke klinik, ada sekali tu JR sendiri kurang sihat dan ada jemputan berbuka di rumah saudara dekat yang jarak rumahnya tidak dekat...
Harap-harap tahun ini JR dapat bersolat tarawih berjemaah lengkap 29 hari, insyaallah.
Tapi jika tak sempat tarawih berjemaah, masih boleh melakukannya sendirian di rumah. Yang penting setiap malam dilengkapkan dengan tarawih, kerana tiada siapa tahu sama ada kita akan berjumpa lagi di Ramadan akan datang atau Ramadan ini Ramadan terakhir untuk kita....
Bercakap tentang tarawih, tahukah korang setiap gerakan dalam tarawih mampu membakar kalori? Mengikut satu kajian, gerakan-gerakan dalam tarawih adalah menyerupai gerakan-gerakan dalam sukan olahraga dan ia mampu MEMBAKAR 200 KALORI.
Bayangkan jika setiap kali tarawih 200 kalori dibakar, berapa jumlah yang dibakar selama sebulan?? Banyak kan??
Benarlah bahawa Ramadan bulan penuh berkat. Allah bukan saja menyediakan begitu banyak pahala yang tak terkira banyaknya, tapi menyediakan nikmat kesihatan yang tak terkira juga banyaknya. Cuma kita perlu bijak memanfat nikmat yang dianugerah Allah itu....
Benarlah bahawa Ramadan bulan penuh berkat. Allah bukan saja menyediakan begitu banyak pahala yang tak terkira banyaknya, tapi menyediakan nikmat kesihatan yang tak terkira juga banyaknya. Cuma kita perlu bijak memanfat nikmat yang dianugerah Allah itu....
Maha Suci Tuhan yang mencipta segalanya bersama hikmah-hikmah di dalamnya....
tarawih kat masjid kt taman saya ni...setiap 4 rakaat..tazkirah lbh dari setengah jam...ramai yg balik lps 8 rakaat..kalau tunggu semuanya...hampir jam 12 baru balik..
ReplyDeleteSubhanallah, bulan Ramadhan ni menjadikan badan kita lebih sihat. Di hospital tmpt sy kerja, ada sorang staff (chinese). Dia cakap bulan puasa ni tak byk penyakit yg dihadapi oleh pesakit. Tapi lepas jer raya sume start sakit2.
ReplyDeleteIM berterawih di rumah dengan ibu_suri sahaja.
ReplyDeleteTetapi tazkirah boleh dengar dari corong masjid..
Logikla kan, pergerakan solat tu mcm senaman. Lagi pulak buat berulang2.
ReplyDelete