Bukan JR nak ulas drama 'Ramadan Yang Hilang' yang tersiar di TV3 setiap malam pukul 10-11 malam itu. Bukan. Bukan. Kalau nak ulas pun JR mesti buat ulasan tak adil, kerana JR biasanya sampai ke rumah setiap malam kira-kira pukul 10.30 malam ke atas, iaitu lepas menunaikan solat tarawih berjemaah di surau. Bila JR sampai di rumah biasanya drama itu dah tiba di babak-babak penghujung. Kerana itu JR tak boleh paham jalan ceritanya kerana hanya sempat tonton 15 atau 20 minit terakhir saja..
Apa yang JR nak kata di sini ialah mengenai beberapa amalan bulan Ramadan yang kian hilang ditelan zaman. Antaranya ialah amalan memukul gendang atau beduk di surau dan masjid di awal pagi bagi menggerakkan orang bangun sahur. Dulu masa kecil JR salah seorang team yang rajin pergi memukul gendang di masjid kampung kami sekitar jam 2 hingga 3 pagi.
Juga amalan mengadakan moreh di surau dan masjid sudah hampir tak ada lagi. Teringat masa JR kecil dulu, budak-budak rajin ke masjid kampung kami kerana makanan yang sedap-sedap disediakan setiap kali moreh.
Juga amalan mengadakan moreh di surau dan masjid sudah hampir tak ada lagi. Teringat masa JR kecil dulu, budak-budak rajin ke masjid kampung kami kerana makanan yang sedap-sedap disediakan setiap kali moreh.
Kini amalan-amalan itu sebahagiannya hanya menjadi nostalgia silam. Di kebanyakan surau dan masjid tiada lagi gendang atau beduk untuk dipalu bagi menggerakkan orang bangun sahur. Masyarakat juga tak mau lagi menyusahkan diri dengan mengadakan moreh, kerana masing-masing sibuk waktu siang dan malam pula keletihan lepas makan berlebihan.
Satu lagi amalan Ramadan yang JR masih ingat diamalkan di kampung JR dulu ialah menghantar kuih atau lauk yang baru dimasak untuk berbuka kepada jiran sebelah menyebelah rumah. Teringat ibu JR dulu yang cuma memasak sekadar 1-2 jenis kuih. Lepas memasak JR lah yang akan jadi tukang edar kepada jiran-jiran sebelah menyebelah rumah. Jiran-jiran lain pula akan menghantar kuih-muih atau lauk-pauk ke rumah JR.
Hasilnya walaupun ibu JR cuma memasak 1-2 jenis kuih, tapi apabila berbuka, di atas meja makan sudah ada kuih muih 7 atau 8 jenis atau lebih yang dihantar oleh jiran-jiran.
Itulah kelebihan amalan menghantar makanan ke rumah orang, kita boleh merasai pelbagai menu masakan jiran-jiran sekitar. Tak perlu lagi ke Bazar Ramadan, jimat dan yang pasti masakan jiran-jiran memang menyedapkan...
Cuma yang lucunya kadang-kadang kuih yang kita hantar kepada jiran sebelah, kemudian kuih yang sama diedarkan kepada jiran lain dan kadang-kadang ia berpatah balik ke rumah sendiri. Beberapa kali ibu JR yang suka memasak kuih ketayap dan kuih talam dan akhirnya kuih-kuih itu kembali ke rumah kerana mungkin jiran paling hujung tidak tahu ia adalah masakan yang berasal dari rumah kami....
Tapi segalanya kini hanya tinggal nostalgia, ia sebuah kenangan manis Ramadan yang kian hilang. Orang sekarang tak rajin memasak lagi, cuma beli di Bazar Ramadan. Tak kan nak hantar kuih yang dibeli di Bazar Ramadan ke rumah jiran??
Tapi segalanya kini hanya tinggal nostalgia, ia sebuah kenangan manis Ramadan yang kian hilang. Orang sekarang tak rajin memasak lagi, cuma beli di Bazar Ramadan. Tak kan nak hantar kuih yang dibeli di Bazar Ramadan ke rumah jiran??
Eh, dulu masa budak2 pernah curi2 makan juadah moreh. Moga diampunkan. :-)
ReplyDeleteya...semuanya kini tinggal kenangan..seiring dgn peredaran masa dan usia..tiada lagi beduk berbunyi tanda masuk waktu berbuka...tiada moreh dimasjid (bab paling disukai masa kecik2 dulu) dan saling bertukar kuih...sayangnya anak2 kita tak sempat merasa keindahan ramadhan spt dulu2..
ReplyDeleteKalo kat kampung dah xde, kat bandar ni lagilah..dah pupus kot, tapi kat surau taman sy duduk ni masih ada moreh..
ReplyDeleteKat kampung saya, beduk hanya dipukul bila ada kematian.
ReplyDeleteMemang best la zaman dulu tukar2 kuih dgn jiran. Saya pun ingat, saya la kena jadi posmen kena hantar juadah tu kat jiran.
semua dah hilang..
ReplyDeletetak sama langsung macam dulu
Sama dgn kenangan saya dolu2...
ReplyDeleteGendang tu kat kg saya panggil Kentung. Skrg ada lg tapi berbunyi bila ada berita kematian je.