»

16 July 2013

Seminggu Ramadan Tanpa Nasi....


Salam Ramadan yang ke-7..
Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah seminggu berlalu.
Sedar tak sedar dah 7 hari JR bersolat tarawih berjemaah di surau kecil komuniti kami.
Sedar tak sedar dah 7 hari juga JR belum menjamah nasi.

JR pun tak tau mengapa sejak tahun lepas perut JR seperti menolak nasi di bulan Ramadan. Ramadan sebelum-sebelum ini tak apa pun, tapi mulai tahun lepas perut seperti tidak membenarkan nasi memasuki usus di bulan Ramadan. Selera mati terhadap nasi!

Pada Ramadan lepas selama lebih kurang 3 minggu JR tak menjamah nasi langsung sama ada waktu berbuka atau  sahur. Nasib baik minggu ke-4 selera untuk makan nasi terbuka semula. Takut juga Tuhan menutup terus selera makan nasi, nanti tak boleh jadi Melayu tulen lagi....

Dan Ramadan tahun ini episod tak berselera terhadap nasi berulang kembali seperti tahun lepas. Hidanglah nasi sesedap mana dan lauk sehebat mana pun pada selera orang, tapi tidak bagi selera JR. Bila saja azan berbunyi, ketika anak-anak dan isteri mendahului nasi, JR pula cuma memakan 3 biji tamar dan segelas air. Lepas makan 3 biji tamar dan minum, perut sudah rasa kenyang...Kemudian pergi solat maghrib. Lepas solat maghrib JR akan menjamah 3-4 keping kuih atau 2 keping roti bakar. Lepas itu terus ke surau untuk solat tarawih dan witir  yang sehingga kini alhamdulillah belum pernah ponteng lagi.

Balik dari surau biasanya JR akan minum segelas dua gelas air, lepas itu rehat seketika dan kemudian terus masuk tidur. 

Waktu sahur juga JR tak menjamah nasi. Cukup makan saki baki kueh, bihun, mi atau koewteu  waktu berbuka. Kalau dah tak ada saki baki makanan lagi, cukup cuma jamah 2 keping roti bakar. Apa pun boleh, asalkan bukan nasi..

Walaupun tak berselera terhadap nasi, tapi tenaga tetap ada. Masih mampu bersolat tarawih 20 rakaat setiap malam, masih mampu berjoging (cuma tak dibuat hari-hari seperti bulan bukan Ramadan), alhamdulillah...

Tak taulah sindrom tak lalu makan nasi ini bila akan berakhir. Jika tahun lepas 3 minggu tak berselera makan nasi, harap tahun ini tak begitu. Harap-harap tak lama lagi tekak kembali mengatakan "yes" kepada nasi...

Kadang-kadang cemburu melihat anak-anak dan isteri makan penuh selera, sedang JR cuma mampu pandang saja...

Semoga Tuhan membuka kembali pintu selera...

9 comments:

  1. alhamdulillah ... saya pun selang sehari jamah nasi dlm ramadhan nie ;)

    ReplyDelete
  2. sy pulak kalau boleh x nak makan nasi..tp apakan daya...selera jer..hehehe..kalau boleh..sy nak bg selera sy kat JR..kita tukar...haha:)

    ReplyDelete
  3. Susah gak tu..hilang sebahagian nikmat makan.

    Saya & suami mmg tak suka makan nasi berlauk time buka, tapi time sahur mmg wajiblah.

    ReplyDelete
  4. adoi,,,,saya kalau tak makan nasi,,, lembik laa

    ReplyDelete
  5. pergh, tak boleh. kalau saya sahur mesti nak makan nasi jugak. berbuka takpe...

    ReplyDelete
  6. laa...ada jugak org mcm saya ya..saya langsung tak boleh pandang nasi terutama masa bersahur...tgk suami dan anak2 makan pun tak boleh...mungkin sbb sblm kawen lagi saya tak makan nasi waktu sahur..
    nasib baik time berbuka ok ja..

    ReplyDelete
  7. Kan bagus kalo makan mcm tu. Ramai org nak berada di tempat JR ni tau. Heheh. Biasanya org tanak makan nasik sbb nak diet tapi mereka gagal sbb nasi tu terlalu menggoda. Kalo JR takde selera dgn nasik, dah kira bagus. CUma pastikan makanan lain tu berkhasiat dan dapat bekal tenaga. Makan oat ada selera tak?

    ReplyDelete
  8. ita plok kalau berbuka memang tak makan nasi..
    lebih kepada kueh mueh

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....