»

18 July 2013

Indahnya Puasa Tanpa Bazaar Ramadan


Bukan nak boikot Bazaar Ramadan. Bukan. Tapi memang seronok masak sendiri. Kebersihan terjamin, boleh masak ikut selera sendiri dan terhindar dari menjadi mangsa penipuan peniaga. Dan satu lagi fakta yang penting dan tak dapat disangkal ialah masak sendiri lebih menjimatkan!

Nasib baiklah isteri JR aka  CC (Chief Chef) di bulan Ramadan ini dibenarkan majikannya pulang awal - 4.30 petang dah boleh tinggalkan ofisnya - dan bukan 5.00 petang seperti biasa. Lepas solat Asar, pukul 5.00 atau paling lewat 5.15 petang CC dah boleh masuk dapur untuk memulakan operasi memasaknya. JR pula cuma AC (Assistant Chef) tapi peranan AC  juga tak kurang penting. Tanpa AC mana  mungkin makanan dapat disiapkan sebelum waktu berbuka dan anak-anak makan berselera tanpa pernah komplen??

Amalan memasak sendiri sepanjang Ramadan bukan saja untuk tahun ini, malah tahun-tahun sebelum ini juga kami masak sendiri. Tahun lepas ketika CC bekerja  di Pendang dan cuma sampai di rumah lepas pukul 6.00 petang pun kami masih sempat  masak sendiri. Bahan masakan kami sediakan malam sebelumnya dan bila pulang petang itu CC dibantu AC cuma perlu masuk bahan makanan dalam kuali saja. 

Jadi masalah tak sempat masak kerana pulang kerja lewat tak timbul.

Sebenarnya amalan masak sendiri ini banyak dibantu oleh perangai anak-anak yang agak cerewet dalam soal makanan. Mereka cuma mahu makan masakan yang iras-iras masakan yang ada rupa dan rasa seperti masakan ibunya. Jadi jika beli di Bazaar Ramadan, komplen memang selalu bertimbun-timbun: tak sedap, kurang masin, kurang manis, bau basi dan macam-macam lagi yang cuma menyakitkan hati tukang beli.

Jadi pilihan terbaik ialah masak sendiri, makan ketika hidangan masih panas-panas dan  masih segar bugar..

Korang bagaimana??

8 comments:

  1. Salam JR,

    Samalah kita..masak sendiri sedap ka tak sedap ka xde komplen dan puas hati..

    ReplyDelete
  2. Saya ni takde pasar ramadhan takpe, janji pasar malam tetap macam biasa...

    ReplyDelete
  3. Masak sendiri mana yang mampu..yg tak mampu beli juga sekali2 sekadar utk berbuka tak lebih sampai membazir...

    ReplyDelete
  4. saya punya standard ISO...kalau beli makanan,kuih muih..mestilah lbh sedap dari yg saya masak...
    saya heran,ada kawan surirumah tp pengunjung setia bazar ramadan..

    ReplyDelete
  5. Kami memang masak sendiri. Anak anak makan menu yang sangat ringkas. Pencuci mulut pula cukuplah puding yang dipelbagaikan rasa dan buah. Sangat jimat.

    ReplyDelete
  6. ita duk sorang..time rajin baru masak...
    kalau malas..memang beli lah...

    ReplyDelete
  7. Saya masak sendiri, sbb saya ni cerewet. Kalau pegi PARAM susah beno nak pilih mknn. Aritu pegi sekali sbb tak smpt masak ada hal...pusing punya pusing, beli nasi tomato je. Tu pun paksa diri..

    ReplyDelete
  8. salam jay ar
    Erm.. Yg penting puasa tau..hehehe

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....