»

24 July 2013

Puasa Tapi Tak Solat




Memang betul kata Ustaz Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, ramai ibu bapa yang paksa anaknya puasa, tapi tak pernah paksa anaknya solat.

Betul juga kata Ustaz Datuk Abu Hasan Din, mana pernah jumpa orang solat tapi tak puasa. Orang yang puasa tapi tak solat pula bercambah di sekeliling kita...

Mengapa ada yang puasa tapi tak solat?? Bukan ke solat tu tiang agama, bila berpuasa tanpa solat seperti bina rumah yang cuma ada bumbung, tapi tak ada tiang, rumah apa namanya kalau macam tu?

Bagi mereka yang berpuasa tapi tak solat, mereka berpuasa untuk siapa? Jika mereka berpuasa untuk Allah mengapa mereka enggan menyembah Allah? Sungguh ironis!

Betul kata Ustaz Datuk Abu Hasan, ibu bapa perlu utamakan ajar anak-anak bersolat ketika masih kecil, bukan menyiksa anak-anak dengan memaksa mereka berpuasa tetapi dalam masa yang sama tak kisah jika anak tak solat.

Betul kata Ustaz Datuk Abu Hasan, anak yang menjaga solatnya akan menjaga puasanya, tapi anak yang cuma menjaga puasanya mungkin bila besar dia tidak menjaga solatnya. Lalu jadilah mereka umat Islam yang membina rumah tanpa tiang, kesiannn....

8 comments:

  1. btl itu..kita kena jaga solat..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. BERPUASA TAPI TAK SOLAT IBARAT PAKAI TUDUNG TAPI TAK PAKAI BAJU...

    ReplyDelete
  3. Ramadhan tanpa solat dan Al-Quran, adalah mogok lapar untuk diri sendiri. Bukan untuk Allah.

    ReplyDelete
  4. ada yg bangga bila anaknya dah boleh berpuasa seawal 5 tahun. nak je saya tanya...mcmana dgn solat? Kita selalu lupa yg solat itulah lebih utama dididik kpd anak.

    ReplyDelete
  5. Mmg sgt betul. Org yang bersolat mesti akan puasa. Tapi yg puasa belum tentu bersolat. Saya pon mmg dari dulu lagi konfius. Cemana status puasa dia tu.

    ReplyDelete
  6. ya Allah hindarilah kami semua menjadi hamba yg lalai....sobsss

    ReplyDelete
  7. betol sangat2 tu..baru ni anak kawan ita baru 4 tahun..paksa lah di mak dia suh pose...mujur tak pengsan..sampai pucat muka..kes mak dia malas nak masak..apa lah punyer mak macam tu...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....