Salam Ramadan yang ke-21.
Korang apa kabar? Semoga sihat-sihat sahaja...
Sekarang ini musim panas yang sangat panas di Utara ni. Anak JR di UiTM Arau tu pun dah kena demam panas, sekarang dapat MC. Kena banyak mandi dan minum banyak air semasa lepas berbuka dan bersahur di musim panas ni..
Rupanya dah seminggu JR tak menulis. Apa nak buat, akhir-akhir ni agak sibuk. Tu yang tak ada masa nak menulis ni. Terima kasih kepada yang masih mengingati JR.
Hari ni 21 Ramadan. Masa Ramadan ke-7 dulu, JR pernah menulis entri yang JR dah seminggu tak menjamah nasi. Hanya makan kuih, bihun atau apa-apa saja, tapi bukan nasi. Segalanya kerana tiada selera untuk makan nasi sepanjang Ramadan ini.
Tapi tak sangka pula hingga hari ini, dah masuk 21 Ramadan, tekak JR masih tak dapat menerima nasi. Maknanya hingga hari ini dah 21 hari JR tak jamah nasi. Bila dah lama tak jamah nasi rasa badan dah selesa pula hidup tanpa nasi.
Kesan paling ketara bila tak makan nasi ialah badan akan susut dengan agak cepat. Lucu juga bila melihat wajah di cermin, lemak-lemak yang cuba menakluki perut semakin nyah pergi. Talipinggang juga perlu ditebuk lubang, kerana pinggang semakin mengecut.
Dua hari lepas bila ditimbang badan sebelum berbuka, terkejut juga bila berat badan menyusut 4 kg berbanding 1 Ramadan dulu. Tapi bila ditimbang lepas berbuka, berat badan naik 1 kg berbanding sebelum berbuka. Tapi tak apalah at least masih kurang 3 kg jika dibandingkan sebelum Ramadan.
Korang pula badan susut berapa kg sepanjang puasa ini? Jangan pula kata berat badan semakin naik!!
alamak, berat badan saya masih kekal macam sebelumnya sebab kalau bukan bulan puasa pun saya makan macam ni jugak...
ReplyDeletejadinya, kalau sesiapa nak turunkan berat badan cuma perlu berpuasa je kot. tak payah belanja sampai beribu-ribu...
Hurm..saya turun 2kg je..
ReplyDeleteTahan pulak tekak JR tak jamah nasi ya..tak rindu. :)
ni yg jeles ngan JR ni..saya turun sekilo jer..huhuhu..lepas raya ni mesti naik berkilo-kilo..:(
ReplyDeletelps raya nanti jgn naik mendadak dah la yea..:)
ReplyDelete