Sedih baca berita dari Mesir apabila pihak polis dan tentera menembak mati 53 orang jemaah yang sedang bersolat Subuh di Kaherah. Kejadian itu berlaku ketika penyokong-penyokong bekas presiden Muhammad Morsi sedang berhimpun di depan Bangunan Pengawal Republik yang dipercayai menjadi tempat Morsi ditahan oleh tentera yang menggulingkan pemerintahannya tiga hari lepas.
Mengikut Ikhwanonline tragedi pembunuhan beramai-ramai itu berlaku ketika berjuta-juta penyokong Morsi yang sudah berkampung di Dataran Raba'ah sejak beberapa hari itu baru menunaikan solat Subuh.
Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika jemaah sedang menunaikan rakaat kedua solat Subuh sebelum qunut dibacakan.
Sejurus selepas qunut dibacakan, jemaah kemudian dihujani peluru hidup bertalu-talu yang ditembak polis ke arah mereka yang bersolat.
Selain dari 53 orang yang terbunuh (polis kata cuma 33 orang terbunuh), lebih 200 orang yang sedang bersolat turut tercedera dalam insiden terbaru itu.
Kesemua jenazah yang terkorban dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah:
Marilah kita hadiahkan al-fatihah kepada saudara-saudara seagama kita yang terkorban ketika sedang bersolat Subuh pagi tadi...
Nota:
Menurut sumber, himpunan itu akan diadakan jam 12 tengahari esok di pusat membeli belah Ampang Point dan mereka akan berarak menuju ke bangunan kedutaan Mesir di Jalan Ampang selepas itu.
Beberapa NGO Islam Malaysia akan membuat perhimpunan aman esok bagi membantah rampasan kuasa tentera dan pembunuhan ramai-ramai yang sedang berlaku di Mesir sekarang.
Menurut sumber, himpunan itu akan diadakan jam 12 tengahari esok di pusat membeli belah Ampang Point dan mereka akan berarak menuju ke bangunan kedutaan Mesir di Jalan Ampang selepas itu.
Bagi mereka yang tinggal di KL dan kawasan berdekatan dan prihatin terhadap perpaduan Islam boleh ikut serta...
kat mana pun dah tak aman dah sekarang...tak abis pemberontakan pembunuhan dan tunjuk perasaan...yang jadi mangsa rakyat yg tak berdosa..
ReplyDeletehampir setiap ramadhan, ada tragedi membabitkan umat islam di luar sana...
ReplyDelete:( zalimnya....
ReplyDeleteselamat menunaikan ibadah puasa...sama2 kita mengejar ganjaran yg dijanjikanNYA..
ReplyDelete