Korang pernah dengar tentang shisha? Aleh...bahan yang menyerupai rokok yang dihisap dengan menggunakan paip itulah. JR nak ceritakan panjang-panjang tentang shisha inipun tak boleh, sebab JR bukan saja tak pernah hisap, malah tengok orang hisap shisha pun tak pernah!! Yang JR pernah tengok ialah gambar dan video mengenai kenikmatan menghisapnya...
Tapi hari ini Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin memaklumkan bahawa Jawatankuasa fatwa pada Rabu lepas telah membuat satu keputusan penting: SHISHA ADALAH HARAM BAGI UMAT ISLAM.
Korang ingat keputusan Majlis Fatwa tu membawa apa-apa efek kepada umat Islam tak?
Bagi JR rasanya TIDAK....Sekali lagi: TIDAK...
Mungkin nasib fatwa mengenai shisha itu sama seperti fatwa menghisap rokok. Bukankah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23.3.1995 telah membuat keputusan: merokok HARAM di sisi Islam.
Tapi sapa peduli tentang fatwa merokok haram di sisi Islam yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa itu?? Tengoklah orang-orang yang dekat dengan korang - suami, abang, ayah, datuk, sepupu, rakan kerja dan lain-lain - bukankah sebahagian mereka masih merokok, pada hal mereka tau merokok haram di sisi Islam??
Fatwa merokok haram di sisi Islam ini dah lama dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa, dah 18 tahun beb!!! Tapi orang Islam tak pernah heran dengan fatwa berusia 18 tahun itu. Bukan saja anak muda, orang tua, tapi pak haji dan pak lebai yang arif tentang hukum hakam juga tak mengindahkan fatwa ini. Ada sekali tu seorang ustaz bercakap tentang fatwa merokok haram ini dalam satu ceramah di surau komuniti kami. Tapi bila saja solat selesai, beberapa orang jemaah sambil berborak di luar surau - sebahagiannya termasuk AJK surau kelihatan menghisap rokok selamba aje, pada hal ustaz baru saja mengingatkan fatwa haram merokok itu tak sampai setengah jam..
Dan lepas solat tarawih tadi, pelakuan yang sama berulang lagi. Beberapa orang jemaah berborak seketika di luar surau, sebahagiannya seperti biasa menghisap rokok. Mereka tak peduli mulut sedang menyedut sesuatu yang haram...
Dan fatwa shisha haram di sisi Islam?
Mungkin ramai orang Islam akan berkata: ada aku kisah shisha ke rokok ke haram di sisi Islam??
betul tu.....haram ke tidak, orang akan beli dan isap.....
ReplyDeletesekat dan haramkan terus penjualannya... kalau masih ada mmg betul ckp JR, depa tak kisah pun
ReplyDeletep/s: selamat berpuasa jR:)