Bagi korang yang telah menunaikan hak mengundi pada 5 Mei, korang pernah dengar tak perkataan "undi popular"?
Undi popular ialah jumlah undi bagi semua kawasan Parlimen yang diperolehi oleh sesebuah parti politik dalam sesuatu pilihanraya. Misalnya dalam PRU-13, mengikut sumber Suruhanjaya Pilihanraya, walaupun BN mendapat 133 kerusi Parlimen, tetapi undi popular yang diperolehinya cuma 5.24 juta undi. Maknanya hanya 5.24 juta pengundi Malaysia yang memangkah BN pada PRU-13.
PR pula walaupun cuma mendapat 89 kerusi, tapi gabungan parti itu mendapat 5.62 juta undi popular. Bermakna PR mempunyai lebih ramai penyokong di Malaysia berbanding penyokong BN. Sebab itulah kajian-kajian yang dibuat sebelum PRU-13 menyatakan PR akan memenangi pilihanraya kali ini.
Mengapa parti seperti PR yang dapat lebih banyak undi dari rakyat tidak bejaya mendapat banyak kerusi? Ini kerana kerusi-kerusi yang dimenangi PR kebanyakannya di kawasan yang mempunyai jumlah pengundi yang lebih besar dari kawasan yang di menangi BN. Misalnya di kawasan Parlimen Sabak Bernam yang dimenangi BN mempunyai pengundi seramai 37,390, sedangkan di Parlimen Selayang yang dimenangi PR mempunyai 106,055 pengundi, iaitu 3 kali lebih ramai dari kawasan Sabak Bernam yang dimenangi BN.
Memang pecahan kawasan mengundi dibuat sebegitu rupa bagi memastikan parti pemerintah akan terus berkuasa di sesebuah negara. Walaupun tak ramai pengundi yang menyokong parti pemerintah tapi ia akan terus menang dan berkuasa kerana kerusi yang diperolehinya lebih banyak.
Mungkin ada yang berkata ia tak adil, tapi itulah realitinya kerana sistem pilihanraya negara kita tidak seperti di negara-negara Barat (kecuali UK) dan negara-negara lain termasuk Indonesia, Thailand dan Filipina yang kerajaan dibentuk berdasarkan undi popular yang diperolehi.
Sbb tu walau PR gagal jd kerajaan, tapi dia menang sebenarnya.
ReplyDeleteBN perlu berjaga2 atas kekalahan kali ini...berkuasa dlm kekalahan adalah satu tugas yg berat. BN perlu berubah utk jadi popular semula.
setuju dgn pencerahan bro ..
ReplyDeletepencerahan begini perlu utk rakyat tahu dan sedar ..
kita bukan nak menongkak apa yg kalah dan memang .. tetapi memberikan kesedaran apa itu HAK rakyat untuk memilih pemimpin ..
HAK rakyat yg terang lagi bersuluh di pertikaikan ..
saya tahu pasal nie bila di jelaskan oleh sedara mara saya , saya bukan bangkang kenapa kalah tetapi secara jelas ada penyelewengan disitu ... saya sedih bukan kerana x boleh terima kekalahan tetapi sedih kerana kita masih di belenggu penganiyaan ..
jika dijelaskan pun x pandai , tapi bila banyak membaca dan menilai itulah hakikatnya .. saya bukan x baca kenyataan dari pihak sana .. macam mana nak percaya sedangkan sebahagian pihak dari sana juga sudah tidak percaya tetapi mereka terpaksa .. huhu
setuju juga dengan kata2 kak Ujie , kini tiba masa kerajaan membuat apa yg sepatutnya dan apa yg telah di janjikan kerana tugas semakin berat buat BN , nak2 dah banyak wang yg di keluarkan sempena pilihanraya , jgn pula slps ini rakyat di bebankan dgn kenaikan harga brg kerana ingin menampung semua HUTANG !
salam abang jay ar
ReplyDeleteErm..ta pentingkan keamanan..bab pecahan tu menang dah tahu lama..dan pendedahan sbgini harus di dedahkan pada umum.
Kebanyakan Gen Y seperti saya akan terus setia dgn PR. Tak apa kali ini kita kalah, PRU-14 kami akan pastikan tiada lagi ruang utk mereka yg menghabiskan duit rakyat berkuasa....
ReplyDeleteyang kalah tak semestinyer tak popular
ReplyDeleteKiranya kita punya sistem sama macam UK ke? Hehe
ReplyDelete