»

07 May 2013

Mengapa Sampai Nak Bunuh Cina???


JR pun tak paham mengapa ada yang sampai marah sangat dengan sesuatu kaum lain yang dah lama tinggal di negara ini sampai menyeru supaya dibunuh:

Penyokong BN ajak ulangi 13 Mei, lihat .. nape polis tak tangkap ble kuar kenyataan yg blh menyebabkan huru hara mcm nie? kalu belah pr cepat je tangkaphttps://www.facebook.com/shahrizad.diah


Mengapa ada yang begitu marah dengan orang Cina di negara ini, sampai mengajak orang Melayu "sembelih Cina macam babi" dan "wajib ditentang walaupun bermandi darah"?

Apa salah orang Cina di negara ini? Adakah kerana orang Cina menolak BN dalam PRU-13 maka mereka perlu dibunuh? Habis bagaimana dengan orang Melayu di Kelantan dan Terengganu yang juga menolak BN, orang Melayu juga perlu dibunuh dan "disembelih macam babi?".


Mengapa dengki sangat dengan orang Cina? Kerana orang Cina berasal dari China dan mereka bukan pribumi? Jika marah kerana mereka berasal dari China, bagaimana dengan orang-orang Malaysia yang berasal dari India? Bagaimana dengan Tun Dr Mahathir yang moyangnya berasal dari Kerala, India? Bagaimana dengan Tun Abdullah Badawi yang moyangnya berasal dari Saudi Arabia, Datuk Hishamuddin Hussein yang moyangnya berasal dari Turki atau Datuk Seri Najib sendiri yang moyangnya berasal dari Sulawesi, Indonesia?

Bukan saja orang Cina dan India, sebahagian penduduk Malaysia bukan berasal dari sini. Moyang JR sendiri bukan berasal dari Malaysia, mereka datang dari Narathiwat, Thailand. 

Seruan supaya "sembelih Cina macam babi" dan "bangsa Cina wajib ditentang walaupun bermandi darah" bagi JR adalah seruan yang sangat biadab dan tak bertanggung  jawab. Mengapa ada orang suka sangat terjadi pergaduhan kaum di negara ini? Tanpa rasa bersalah mereka cadang pula supaya berlaku satu lagi 13 Mei seperti 13 Mei 1969 yang menyebabkan hampir 200 orang yang tak berdosa terbunuh, ia sesuatu yang tak boleh diterima akal waras JR.

JR sendiri tak pernah berprasangka buruk dengan orang Cina. Ia mungkin kerana JR mempunyai ramai rakan-rakan Cina sejak kecil hingga sekarang. JR berasal dari Pulau Pinang, negeri di mana kaum Cina paling ramai di Malaysia. Kampung JR dilahirkan bersebelahan dengan perkampungan Cina. Sejak kecil kami, budak Melayu dan Cina sudah biasa main bola dan badminton bersama-sama. Kalau Melayu buat kenduri mereka panggil jiran Cina dan bila pekedai Cina kampung kami pula buat kenduri (bukan semua) mereka panggil orang Melayu dengan makanan disediakan oleh tukang masak Melayu. Bila musim Raya hantar kueh kepada jiran Cina dan begitu juga bila tiba Tahun Baru Cina mereka tak pernah lupakan kami.

Dari kecil kami tinggal harmoni Melayu dan Cina. Bila JR belajar di sebuah IPTA di KL, roomate JR di tahun pertama juga orang Cina dari Bukit Mertajam, Tan Ah Kow namanya. Dia sangat baik, kerana JR tiada motorsikal, dia selalu ajak JR membonceng motornya. Jika dia tiada kuliah dia beri kunci untuk JR pakai motornya.

Bila kerja juga JR ada ramai rakan Cina. Bila beli rumah sendiri jiran di belakang rumah adalah keluarga Cina yang sangat peramah. Ketika rumah JR terbakar jiran Cina itu juga banyak membantu.

Jadi JR tak tau mengapa ada yang begitu marah dengan orang Cina sampai nak disembelih macam babi, malah sanggup bermandi darah.

Jahat sangatkah Cina, baik sangatkah Melayu yang sebahagiannya suka berhibur, merempit,  meragut, menghisap dadah dan buang anak luar nikah ini??

Pilihanraya sudah berlalu. Tak kan kerana politik kepartian, cuma kerana BN kalah banyak kerusi kita perlu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. 

Dalam PRU-13 baru-baru ini JR melihat orang Melayu, Cina dan India berganding erat untuk memenangkan parti mereka. JR melihat orang-orang tua dan remaja Cina mengibar bendera Pas dan remaja Melayu membawa bendera DAP, seperti tembok perkauman sudah berjaya diruntuhkan. Begitu juga dalam pondok panas PR, JR melihat semua kaum - Melayu, India dan Cina - bekerjasama. Cuma dalam pondok panas BN kelihatan ia lebih didominasi Melayu sepenuhnya, orang India dan Cina hampir tak nampak.

JR  tak boleh terima semangat perkauman melampau yang akhirnya menyebabkan negara kita jadi huru-hara seperti di Iraq dan Syria. JR dan keluarga cintakan keamanan. Korang juga JR percaya seperti JR juga, cintakan keamanan.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”. (Hujurat, ayat 13)

“Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyah (semangat perkauman), dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati kerana assabiyah(Hadith Riwayat Abu Daud).

Dahsyat tu peringatan Nabi: "bukan dari kalangan kami orang yang mati kerana assabiyah (semnagat perkauman)".

Habis kalau orang Islam yang menyeru kepada pertumpahan darah dan penyembelihan itu mati, dia mati sebagai apa???

Peace no war...


6 comments:

  1. terasa ni...
    mak ita orang cina...

    ReplyDelete
  2. Najib sendiri 2x5 dah cakap merapu bila dia membela artikel chauvinist Utusan yg keluar hari ini, "Apa Lagi Cina Mahu?" Dah kalah pilihanraya lebih teruk dari zaman Pak Lah, kau terima sajalah kenyataan jangan nak salahkan org Cina pula...

    ReplyDelete
  3. DI MANAKAH LEBIHNYA ORANG CINA?

    Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

    Kerusi Parlimen :-

    1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.

    2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.

    3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.

    4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.

    5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.

    6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.

    7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

    Kesimpulannya :

    Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

    Kerusi DUN:-

    1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.

    2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.

    3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.

    4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,

    5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.

    6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.

    7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.

    8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

    Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang.
    Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

    Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? Saya senaraikan.

    1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).

    2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)

    3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)

    4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)

    5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)

    6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)

    7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)

    8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN)

    9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)

    10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)

    11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)

    12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)

    13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

    Masih percaya dakyah Umno. Umno menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin Umno.

    Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

    * Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pahang. K.G.B


    P/S:Maaf, terlalu panjang, sekadar perkongsian bagi yang belum 'mengkaji'. Saya sangat sedih dengan 'auta' yang berlaku.Semoga Allah merahmati Malaysia.


    ReplyDelete
  4. Memang keterlaluan apa yg dituliskan oleh papagomo. Bukan salah apa pun org Cina cuma org Melayu aje bodoh tak sedar diri. Org Cina bersatu tapi org Melayu berpecah Umno, Pkr dan Pas. Dalam Pakatan Rakyat pun yg banyak menang kerusi adalah DAP. Memang DAP layak terajui sebagai Ketua Pembangkang tapi adakah nanti PM pun akan jadi org Cina dan hak2 org Melayu dimansuhkan di negara sendiri atas nama sama rata...Keadilan?
    Memang Umno banyak kepincangan tapi sama2lah kita perbetulkan dan buktikan mana yg salah, tangkap org2 yg rasuah dan salah guna kuasa.
    Sedarlah wahai Melayu...bersatulah dan jangan menang sorak tapi negara tergadai!!!

    ReplyDelete
  5. Benci betul aku isu racism ni. Tapi kita benci-benci racism ni, kaum yang satu lagi tu macam tu jugak ke?

    ReplyDelete
  6. Saya rasa Cina tak mungkin boleh berkuasa, sebab :
    1. Orang Cina pentingkan ekonomi daripada politik
    2. Orang Melayu melebihi Cina
    3. Orang Melayu tak akan memilih Cina untuk dijadikan pemimpin, sedangkan mayoritas rakyat Malaysia adalah Melayu dan Cina Muslim juga tak akan sokong Cina,
    4. Orang India juga tak akan sokong bila Cina jadi PM.
    5. Orang Melayu juga yang lebih berhak jadi pemimpin, sedangkan dan wakil rakyat Cina dan India bolehlah....
    6. Orang Cina sikit yang berminat jadi polis dan tentera, membuktikan orang Cina tak banyak minat dalam politik.
    7. Orang Cina lebih suka berniaga.
    8. Orang Cina lebih suka mandiri dan berdikari, juga egois, pentingkan diri sendiri, sedangkan bila jadi pemimpin mesti adil dan bijaksana.
    9. Semua terpulang dengan pilihan rakyat. Tak mungkin orang Melayu nak pilih Cina jadi PM kan? Jadi macam mana Cina boleh jadi PM? Kami juga tak suka racist.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....