Apa pun, sebelum memulakan tulisan ini, JR nak ucapkan tahniah kepada BN yang terus berjaya memerintah Malaysia. Walaupun PRU-13 ini BN mendapat kerusi yang kurang dari kerusi yang diperolehinya dalam pilihanraya 2008, tapi sekurang-kurangnya, walaupun kerusi berkurangan, tapi BN masih mampu berkuasa lagi.
Bagi yang nak lihat KEPUTUSAN PENUH PRU-13 BAGI SETIAP PARLIMEN DAN DUN BOLEH LIHAT DI SINI..
Beberapa fakta menarik mengenai PRU-13:
1. Jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang dimenangi BN di seluruh negara ialah 133 manakala PR mendapat 89 kerusi.
2. Dari segi undi keseluruhan (undi popular)bagi kerusi Parlimen, PR mendapat lebih banyak undi berbanding yang diperolehi BN. Mengikut perkiraan awal, PR mendapat 52% undi, BN 47% dan Bebas 1%. (Ini adalah contoh keindahan demokrasi, di mana pihak yang lebih mendapat sokongan ramai tidak semestinya dapat membentuk kerajaan).
3. PR berjaya meraih kemenangan lebih besar dalam PRU-13 apabila berjaya menambah 7 kerusi manakala BN berkurangan 7 kerusi berbanding yang diperolehi pada 2008.
4. BN juga mencatatkan kemerosotan prestasi apabila pilihanraya ini cuma mampu memenangi 274 kerusi DUN berbanding 306 pada 2008.
5. Empat orang Menteri dan dua Timbalan Menteri dari BN kalah dalam PRU-13, iaitu:
- Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka - Parlimen Bukit Katil
- Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
- Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
- Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
- Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
- Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri - BN - Parlimen Lembah Pantai)
- Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri - BN - Parlimen Lumut)
- Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri - BN - Parlimen Alor Setar)
- Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Temerloh)
- Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri - BN - Parlimen Batu Pahat)
6. Dua orang Menteri Besar BN kalah dalam PRU-13 iaitu Datuk Abdul Ghani Osman (MB Johor) dan Datuk Ali Rustam (MB Melaka)
7. Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang berjaya dikuasai semula oleh PR dengan jumlah kerusi yang keseluruhannya lebih baik dari kerusi yang dimenangi pada pilihanraya2008.
8. Terengganu dan Perak hampir berjaya ditawan semula oleh PR selepas merampas banyak kerusi BN. Di Terengganu BN menang 17 kerusi manakala PR 15 kerusi, di Perak pula BN menang 31 kerusi manakala PR 28 kerusi.
9. 2 orang tokoh Perkasa, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin kalah teruk di Parlimen Pasir Mas dan Shah Alam dengan majoriti besar.
10. Kedah berjaya dirampas semula oleh BN apabila BN berjaya mendapat 21 kerusi berbanding PR 15 kerusi.
11. Semua yang bertanding atas tiket calon Bebas kalah, sebahagiannya hilang wang pertaruhan termasuk Tok Mun di Kuala Terengganu yang cuma mendapat 182 undi.
12. Slogan PR "ini kalilah" nampaknya tak begitu menjadi, walaupun berjaya menambah kerusi tapi PR masih tidak berjaya menawan Putrajaya. Nampaknya "Ini kalilah" perlu ditukar kepada "Lain kalilah.."
Dan satu lagi fakta... bendera dan poster parti-parti politik masih memenuhi jalanraya. Harap semua parti berkenaan dapat menanggalkannya untuk kebersihan kita bersama...
Dah bagi BR1M, Kr1M, dan mcm2 Rim, tapi undi BN merosot? Keciann.........
ReplyDeleteAmbik masa jugak tu nak turunkan poster-poster tu. Bab nak turunkan tu confirm semua orang malas. Hehe
ReplyDeleteSemoga lepas ni jangan hadiahkan rakyat yg memilih BN dengan kenaikan harga minyak yg dah lama ditangguh-tangguh kerana takut kalah pilihanraya...
ReplyDeleteindahnya demokrasi kan..paling byk dpt sokongan tapi tak boleh jadi kerajaan. Pandai jugak sape yg buat sistem ni..
ReplyDelete*saya turut bersedih dgn nasib yg menimpa kedah.
semua dah terjawa...
ReplyDeletetapi menteri besar tganu..marah betol kali ni...
Alhamdulillah, selesai sudah...
ReplyDelete